lately ni cik sopi rasa uolss semua mesti perasan kan makin menjadi3 plak kes culik kanak3 sekarang ni ... culik tu dah satu hal, mintak duet tebusan lepas tu bunuh mangsa culik tu ... penculik or pembunuh tu tak fikir ke nilai satu nyawa yang mana tak kan boleh diganti ...
akibat dendam dan marah kan mak bapak, anak3 jadi mangsa keadaan ... penculik dan pembunuh tu tak terfikir ke kalau perkara yang sama melanda diri or keluarga mereka, apa yang mereka rasakan ..???
banyak kes3 penculikan terjadi sebelum ni dan yang paling menyayat hati cik sopi contohnya macam kes arwah adik Nurin .. dan baru3 ni arwah adik Dirang ... apa salah kanak3 ni sampaikan diorang diperlakukan sebegitu rupa ... ape perasaan penculik tu yang sekaligus upgrade status dorang jadi pembunuh masa melakukan perkara keji tu ...??
cik sopi sekarang ni pun agak seriau gak sebab kadang3 kita tak tau sape yang tak suka kita ...kadang3 dekat depan cakap lain, bila kat belakang kita lain plak ayatnyer .. bak kata pepatah bila depan kita, pijak semut pun tak mati ...
selain tu jugak, bila kita buat baik dengan orang pun belom tentu orang hargai/suka apa yang kita buat .. tau3 je macam3 cerita sampai .. ntah mana satu hujung pangkal cerita pun kita tak tau .. tau3 je orang dah jeling3 pandang serong kat kita ..
cik sopi harap, sebagai masyarakat kat luar ni .. cubalah hargai apa yang ada disekeliling kita .. sebab kita belum tau bila kita akan kehilangan apa yang kita ada tu ...
kepada para ibu bapa plak. jugak pada cik sopi ngan en hubby yang bakal menyambut kelahiran anak sulung kami ni, insya allah .. pelihara lah dan lindungilah anak3 sebab itu amanah dan rezeki dari Allah .. orang lain ada yang dah berpuluh3 tahun kahwin pun masih belum dikurniakan anak .. kita yang ada anak ni peliharalah mereka sebaik mungkin .. jagalah keselamatan mereka kerana mereka masih kecil lagi dan belum masanya lagi mereka dibiarkan bergerak bebas seorang diri seperti orang dewasa ..
kepada mereka3 yang kejam menculik dan membunuh tanpa rasa bersalah tu .. insaf lah .. kita di dunia ni tak lama .. kalau pun terlepas dari hukum dunia, tapi hukum Allah lebih perit .. bahkan tak boleh nak dibayangkan macam mana azab dan seksanya ... selain tu fikir3kan la bagaimana kalau perkara yang sama berlaku kepada ahli keluarga korang .. apa perasaan korang masa tu ..?? sapa yang korang nak persalahkan ...??
cik sopi berharap sangat kalau ada yang membenci atau masih/pernah berdendam dengan cik sopi sekeluarga, jangan la nyawa anak3 yang tak bersalah jadi galang gantinya ... kalau yang bersalah pun mungkin cik sopi atau en hubby .. jangan di sebabkan kami, nyawa anak3 yang tak bersalah ni dipertaruhkan ...
kepada semua jugak, jangan la simpan dendam kesumat sampai jadi api dalam diri sendiri ... selain membakar orang lain, later api tu akan membakar diri sendiri ... tak salah kita leraikan dendam yang terpendam tu .. Allah tu Maha Adil .. DIA lebih mengetahui dan DIA lebih berhak untuk menghakimi sekalian hambaNya ...insya allah doa hamba3NYA yang teraniayai akan didengariNYA dan orang yang menyakiti orang lain pasti akan dapat pembalasanNya ..
jangan la kita cuba menjadi Tuhan dengan menentukan bila tibanya ajal seseorang tu ..
thanks read :))
No comments:
Post a Comment