Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ku mohon pada-MU

“Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan Ya Allah… Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi”

"Ya Allah .. ingin ku raih keredhaanMU, dalam ku melayari bahtera dunia, sebagai kekal bagiku di akhirat kelak, untuk mengadapMU"


Tuesday, March 13, 2012

TERIMA KASIH SEMUA

Assalamualaikum






Terima Kasih Ya Allah
kerana Kau masih memberiku kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini ..
kerana Kau masih memberi peluang kepada ku untuk berbakti kepada kedua ibu bapaku dan juga suamiku
kerana Kau masih lagi memberikan ujian3 kepada ku supaya aku tidak hanyut dengan kemewahan dunia dan melupakanMu
kerana Kau telah memberiku peluang untuk menjaga dan memelihara amanahMu


Terima Kasih Abah & Mama
kerana mengajar anakmu erti kesabaran
kerana mengajar anakmu menerima dugaan Allah dengan hati terbuka
kerana mengajar anakmu pentingnya ikatan kekeluargaan
kerana mengajar anakmu dahulukan pelajaran kerana ia jaminan masa depan
kerana mengajar anakmu kasih sayang tidak akan terputus sekiranya sesuatu ikatan itu terputus


Terima Kasih Suamiku
kerana sentiasa bersabar dengan kerenah isterimu ini
kerana sentiasa menjadi tulang belakang kepada ku
kerana sentiasa ada disisiku bila3 masa saja aku memerlukan mu
kerana sentiasa mendidik dan mengajar aku untuk menjadi seorang isteri yang sempurna dimatamu
kerana sentiasa menggembirakan dan memuaskan hatiku walaupun dirimu kepenatan


Terima Kasih sahabat3ku
kerana sentiasa berada disampingku dimasa3 yang tertentu
kerana sentiasa bersabar melayan kenakalan dan kebecokkan aku
kerana sentiasa memberi tunjuk ajar supaya aku tidak tersasar jauh dari landasan
kerana sentiasa menemaniku disaat3 aku memerlukan teman bicara


Terima Kasih pada teman3 yang membenciku
kerana doa kalian la aku menjadi lebih kuat kini
kerana umpatan kalian menjadikan aku lebih berhati3 dalam mencari teman
kerana fitnah kalian menjadikan aku lebih matang dalam berfikir



Terima kasih semua kerana memberi perhatian yang tidak terhingga kepadaku ...
kerana perhatian itu, membuatkan aku lebih bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ..
kerana perhatian itu juga menjadikan aku lebih berhati3 dalam meniti hari3 ku ..


Terima Kasih Semua atas segala3nya


Thanks read  :))

No comments: