Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ku mohon pada-MU

“Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan Ya Allah… Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi”

"Ya Allah .. ingin ku raih keredhaanMU, dalam ku melayari bahtera dunia, sebagai kekal bagiku di akhirat kelak, untuk mengadapMU"


Friday, September 30, 2011

BILA STRESS BERAJA DI HATI ..

Assalamualaikom fellows   :))




STREESBUSTERS ...!!!!!!


kenape cik sopi tetiber cakap pasal stress ni..??? cik sopi stress ke ... ye3 stress sangat3 ..


okey la kat sini cik sopi nak kongsi pengalaman cik sopi pegi dengar talk pasal stress by Dr Sam Hunter from HSC Medical Centre  beliau sangat kacak dan bergaya okey


tajuknyer STRESSBUSTERS atau dalam erti kata lain STRESS SYNDROME ..


u'olls semua tau tak yang stress ni boleh attack sesaper saja .. walaupon seseorang tu berkerjaya tahap profesional, dia jugak turut mengalami masalah ini. almost 43% orang dewasa menderita masalah kesihatan di sebabkan oleh stress ni ... !!!!  so adakah u'olls semua tergolong dalan golongan yang 43% ni???

stress sebab kereta ni rosak ker??

stress di huraikan sebagai tindakbalas badan untuk memberi respon terhadap sesuatu situasi ..respons tersebut mungkin melibatkan hal3 yang membawa kepada kebaikan ataupun keburukan. Secara tak langsung, ia akan memberi kesan kepada fisiologi dan psikologi kepada penghidapnya.


kesan daripada stress ni sometimes berlaku pada masa yang singkat jer. Tapi, sekiranya ia berlarutan ia akan memberi kesan kepada kesihatan badan.



U'olls semua tergolong dalam golongan yang stress ni ke..???
check it out guys....


stress akan memberi kesan kepada
  • kadar degupan jantung
  • kadar pernafasan
  • berpeluh
  • mata
  • otot3
  • peredaran dan saluran darah
  • perturunan sistem pertahanan badan dan hormon pertumbuhan


tanda3 penting or dalam erti kata lain 'worry signs' :
  • sakit kepala atau sakit belakang
  • otot kejang atau sakit3
  • diarrhea   cirit birit la tu
  • muntah3 atau pening3 lalat   dah macam org pregnant dah
  • insomnia   pegi google sendiri kalau tak tau
  • sakit dada, degupan jantung laju 
  • peningkatan atau penurunan berat badan
  • masalah kulit such as eczema
  • hilang keupayaan sex    tak bagus untuk pasangan yang dah berumahtangga


teknik mengatasi stress yang patut dielakkan
  • merokok   say no to ciggarate..!!
  • minum alkohol   menjejaskan pertimbangan dan pemikiran
  • makan pil tidur atau mana3 pil anti-depressan  takut ter'overdose' nanti
  • melengah3kan sesuatu kerja
  • makan terlalu banyak atau terlalu sedikit
  • terlebih tidur    dah macam sleeping beauty la pulak
  • menjauhkan diri dari kawan3, dan keluarga
  • menyibukkan diri membuat perkara lain    tak bagus untuk jangka masa panjang



cara3 mengatasi stress atau dalam erti kata lain Stress Management
  • secara saintifiknyer kita perlu mengurangkan jumlah adrenaline yang menjadi punca meningkatnya kadar degupan jantung dan tekanan darah. Tingkatkan hormon gembira iaitu endorphine yang mana ia boleh membantu kita untuk lebih relax
  • lakukan senaman 
  • diet - makan makanan yang seimbang dan menyihatkan ... Jangan main tibai je makan semua benda yang u'olls nampak
  • tidur selama mana yang anda perlukan .. ada antara kita memerlukan 8 jam untuk tidur dan ada juga yang hanya tidur selama 4 jam dan ia mencukupi .. bergantung kepada diri sendiri yerr. jangan tidur tak bangun3 sudah ..
  • meditation ~~ pernah dengar pasal ni ..??? yoga, dengar muzik, pergi ke tempat3 yang boleh menenangkan pemikiran, melihat permandangan yang tenang dan bernafasla .....
  • laughter is a best medicine ... so ketawa la kalau ia mampu menenangkan u'olls ... jangan p gelak sorang3 pukul 3-4 pagi sudah ye ,, :))
  • membaca boleh membantu kita lebih fokus .. jangan baca buku lucah ehhh ...!!!  takut u'olls lagi stress .. hahahahaaa
  • colour therapy ... ussualy colour3 sejuk macam biru or hijau boleh menenangkan jiwa 
  • shopping ... ni cik sopi paling suka ...!!!  tapi biler time duet tengah kering camne plak ..???
  • perbanyakkan aktiviti di luar .. boleh kenal ramai3 orang and berkongsi pengalaman 
  • hypnosis ... cara ni cik sopi agak kurang berkenan sket .. sebab selalunya tak menjadi ... lain yang disuruh pikir, lain plak yang terjah masuk kepala otak .. hehehehe
  • buat sesuatu yang boleh menggembirakan orang lain .. so kalau diorang happy means kita pon secara tak langsung akan happy jugak .. ye dokk ?? 
  • buat journal .... eleh zaman sekarang dah canggih ... dah banyak dah laman sosial sekarang ni .. tulis je kat situ .. paham la semua orang yang membaca nyer .. nak buat journal ni  kengkadang leceh .. panjang sangat padahal 'mesej' nyer tu pendek jer ..
  • bercakap dengan kawan3 yang sentiasa menyokong kita ... jangan berkongsi masalah dengan kawan3 yang mulut cam haram ..!!! bertambah3 stress u'olls nanti ..


so dah paham da semua ... still stress??? jangan sampai SRESS makan diri sendiri ... semua terpulang kepada diri sendiri yerr .. 


+ jangan bersifat kejam dengan diri sendiri
+ jangan aniaya diri sendiri .. Tuhan marah ooo
+ percaya kepada kemampuan diri sendiri
+ think positive
+ yakin bahawa ' setiap permasalahan ada jalan penyelesaian nya, insya allah '



make yourself happy ... dont let other people bring you down. they are viruses !!!  all you need to do is DELETE them. Finish  :)




thanks read babeyyhhh  :))
 

Wednesday, September 28, 2011

KEMALANGAN DI PAGI RAYA KORBAN

Assalamualaikom semua ...


nak share cerita basi ... muahahahaaa


dah 2 tahun dah story ni, but nak share untuk peringatan semua ..


tajuk entry semacam je kan ... KEMALANGAN DI PAGI RAYA KORBAN, nyaris3 diri sendiri jadi korban  ...


nie eksiden mase cik sopi on the way nak balik kampung kat Perak .. cik sopi pon x sure cam mane bole eksiden .. seingat cik sopi tau3 je kereta dah berpusing3 sebelom stuck kat tepi divider ..


mase eksiden ni, cik sopi bawak kereta encik hubby ... yang ikot cik sopi balik kampung is mama, nana and isha ... dalam tengah kereta dok berpusing tu cik sopi boleh nampak adik3 cik sopi pon berpusing3 kat belakang .. sian dorang ... nanges3 ..


kejadian berlaku kalau tak silap cik sopi kat kilometer 329.1 .. lebih kurang 1 km lepas dari perhentian Tapah. Time pulak lebih kurang pukul 8.30 pagi ...


wwuwuwuwuuuuu .. nanges3 cik sopi call encik hubby ... naseb baik ngan sepantas kilat dia datang .. mase die sampai, dia pujuk3 cik sopi .. dalam mase yang same kene marah gak .. cceesss!!!


tapi cik sopi bersyukur sangat semua orang selamat ... nasib baik lagi umur ni masih panjang ~~ kalau tak, tak sempat nak berbelog dah .. heheheeee .. kidding3 ..!!


see3 all the pictures ... seram tak??














di sebabkan eksiden ni, sampai sekarang cik sopi tak confident nak bawak kereta spesies 'auto' untuk perjalanan jauh .. terbayang3 siot ..!!!!


and sampai sekarang jugak la cik sopi tak suke bawak kereta spesies 'auto' ni .. cik sopi prefer manual ... selamat ..!!!


lagi pon kalau kereta manual bole race kat highway ... agak3 nak terbabas boleh kasi drift sket .. hahahahahaaaa .. lepas3 drift boleh la merasa kakitangan encik hubby pulak ... ye dokkk ...???  muahhahahaaa


so friendss, bawak kereta tu utamakan keselamatan yerr .. ingat la orang yang tersayang  .. pandu cermat jiwa selamat nyawa tak melayang .... ingat tu ...!!!







drive like me babeyhhh ...



thanks read  :))

TANYA SAMA HATI 'HAPPY KER' ???

Assalamualaikom u'olls ..


lately ni lambat plak cik sopi update blog .. bajet busy je buat keje kat opis ni .. muahahahaa


lately ni jugak cik sopi agak stress, sebab ramai member3 cakap cik sopi makin berisi ... diam3 dh laa 


tapi lately ni jugak cik sopi terpikir tentang something.. something yang cik sopi nak share ni la .. sape yg sudi baca, baca la ... sape yang terase cik sopi mintak maap awal3 sebab bagi cik sopi bende ni general ...


pernah tak u'oll semua terfikir, kenapa susah sangat kita nak capai sesuatu benda tu .. banyak sangat rintangan dan halangan yang kita kena tempuh .. kadang3 tu pon belom tentu cukup .. nak kata berkorban, kadang3 terpaksa berkorban sesuatu yang di luar jangkaan kita, tapi tu pon belom cukup lagi ...


kadang3 kita tak suka sesuatu benda tu . kalau boleh sampai mati nak elak dari terjadinya benda3 yang kita tak suka tu .. tapi macam mana kita lari pon, mesti bertembung jugak .. lastly kita ambik juga benda yang kita tak suka tu .. kita hadap juga benda yang kita nak elak kan tu ... tapi hakikatnyer, sumone pernah cakap kat cik sopi:


benda yang tak elok tu la mungkin yang terbaik untuk kita. bersyukur la dengan ape yang kita dapat .


kalau tak bersyukur dengan apa yang dah diberi kepada kita, even benda yang kita tak nak pon adakah kita akan tergolong dalam golongan yang khufur nikmat ... ooopppsss, cik sopi bukan nak berceramah pasal agama yer .so jangan la ada mulut3 yang nak mengata cik sopi plak .. macam yang cik sopi cakap sebelom ni, semua ni as general je .. so u'olls pon mesti pernah dengar pasal benda3 ni ... ye dok..???


bila kita berdoa, doa tak dimakbulkan even things become worse .. kita akan salahkan Tuhan .. tapi kita tak pernah terfikir pon yang sebenarnya Tuhan tu dah merancang sesuatu perkara yang sebaik3nya untuk kita.. cuma perjalanannya tu dirahsiakan ... kalau tak rahsia tak heaven la ... betol tak??


bila kita rasa sedih, rata3 lebih suka ambil jalan singkat .. bunuh diri la, rosak kan diri sendiri la .. and even worse pergi jumpa tok moh .. cik sopi sendiri akui yang cik sopi pernah pergi berjumpa dengan golongan3 tok moh ni .. ceehhh.. cara cakap macam ramai je yang cik sopi jumpa .. muahahahhaa .. ekceli ader la dalam sorang dua .. bukan untuk pegi dajal orang ehhh .. tapi lebih kepada nak bertanya .. cuma yang cik sopi boleh simpulkan kat sini, hebat macam mane pon golongan3 ni, tapi semuanya terhad .. betul tak ..?? tak kan menjadi segala ilmu tu kalau bukan dengan izin Allah ... again thumbs up .. nak3 plak mau 40 hari segala amalan semua di'reject' sebab menyekutukan Allah...!!! lagi sakit macam tu .. hidup pon dah memang susah, nanti nak mati bertambah3 susah .. sendiri dapat malu, family pon kene tanggung jugak ..


kalau nak berkongsi cerita or masalah ngan member, rasa malu plak ... takut jadi bahan nanti ... yela, mula3 kawan .. pastu jadi lawan .. tak pepasal kawan3 tu plak yang jadi radio tak berlesen, bercerita sana sini .. buka aib sampaikan merata3 orang dok bergosip ..


diary..??? hahahaaa .. ala3 blog la ni .. bagus jugak .. tapi macam buka pekung kat buah dada sendiri la pulak ... kalau rase3nyer masalah tu boleh dijadikan pengajaran untuk semua orang, boleh la kot .. tapi kalau mau nyer kene kat diri sendiri balik .. ???  so berdiam lebih baik la kan3 ...


cik sopi pon pernah kena hadap masalah yang memang cik sopi nak elak kan ... nak kata cik sopi ni 100% betul >> entah la .. terpulang pada yang menilai dan yang mengenali diri cik sopi .. kang cakap lebih3 dikatakan perasan nak mampus pulak .. tapi bila cik sopi duduk balik diam3, tarik nafas dalam3 .. maybe semua tu ujian dari Tuhan untuk cik sopi ... DIA turunkan hujan dalam hidup cik sopi sebelom bagi cik sopi peluang menikmati pelangi ... pelangi walaupon cantik, tak selamanyer dia ade kat tempatnya .. betol tak ..?? means lepas pelangi hilang, cuaca pon ala3 panas, kadang3 terik, kadang3 mendung ... berangin sepoi3 pastu tak mustahil hujan akan turun lagi ... ye dok??


so bila bercakap soal kehidupan, kita tak boleh nak seronok sangat ... riak lagi la kan3 ... so berpada3  laaa .. tak salah kalau nak enjoy, tapi jangan overlimit .. sebab setiap yang terjadi dalam hidup kita ni dah pon direncanakan ... cewaahhh ~~ ayat cam wartawan plak .. bezanyer cepat @ lambat .. kalau elok kita buat, elok la jadinyer .. kalau tak elok ape yang kita buat, sendiri mau ingat la .. tapi kengkadang buat elok macam mane pon, tetap jadi tak elok ...!!!  tu maknenyer ader la yang tak cukup lagi kita buat .. ye dokkk ..???


sebesar lautan mana pun masalah yang perlu kita hadapi, hadapi la ia dengan penuh kesabaran, senyuman dan berdoa la semoga kita mendapat petunjuk di kemudian3 hari ... Tuhan bagi dugaan dekat hamba3-NYA mengikut kemampuan masing3 ... pucuk pangkal nyer terpulang pada diri kita sendiri .. Tepuk dada, tanya selera .... mau ape yerr..???




thanks read  :))

Thursday, September 22, 2011

MACAM SAME TAPI ....

Assalamualaikom u'olls ...


tak nak cakap banyak sebenarnya..
nak tunjuk gambar jerrr ..







kenape tetiber tunjuk gambar ni????



sebab tadi cik sopi jengah blog abang nara ... and nampak picture ni pulak





heheheheheee ~~ macam lebih kurang je kaler baju ni kan3 ...


tapi baju Memey lagi meriah .. and nampak cantik plak biler kaler turqoise mix with chocolate ....

neway SELAMAT PENGANTIN BARU kepada mereka ... semoga perjalanan hidup kali ni lebih bermakna dari yang sebelum3nyer  :))


buang yang keruh, ambil yang jernih ....


p/s: cik sopi bukan peminat dorang pon ... tapi cuma mendoakan yang terbaik buat mereka dan juga mereka3 di luar sana yang bakal mendirikan masjid ... tahniah yerrr


puhhhliiisss cakap baju cik sopi pon cantik ... penat ooo mak andam n pak andam cik sopi layan kerenah cik sopi mase design baju ni ... hehehe


thanks read  :p

LU LANGSI, WA KAWEN LAGI

Assalamualaikom u'olls,

 
cik sopi ader terbace something yang cik sopi nak share ngan u'olls semua ~~
cerita ni cik sopi copy from fesbuk ..

 
sebelom bace, tarik nafas dalam3 jangan sampai terangkat bahu  then lepas kan ikot mulut.. nie petua from Dr Sam Hunter .. later3 la cik sopi story pasal dokter hensem ni ... 

 
dah cool ... layan cerita ni ehhh
 


Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...
... ... ... ...
Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o
ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..
HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”....



amacam????  betol tak ...


so tak kan nak buat dunno jerrrr ...~~
tolong menolong membawa muafakat


thanks read babeyyhh

Wednesday, September 21, 2011

DAH LARI DARI YANG SEPATUTNYA NI...

Assalamualaikom semua ....


apesal 25/11/2011 lambat lagi haaaaa ..!!!
rase cam nak cabut, larikan diri dari company jerrr ..


perlu ke cik sopi bagitau yang cik sopi ni sekarang buat intern untuk BACHELOR IN BIOINFORMATICS ...???


tapi semua kerja3 yang cik sopi dapat macam dah lari dari landasan yang sebenar je   bengang kejap







cik sopi ni salah amik course ke???  tu laaaa .. dah bagitau awal3 dah yang cik sopi tak mo ler intern kat sini .... dah tau dari awal dah yang hidup cik sopi jadi camni la ..


weeyyhhh bagus per biler praktikal boleh goyang3 kaki .. kate pon praktikal .. nak buat kerja banyak3 sangat buat pe ..
yerrr ... paham .. memang bagus+best+heaven sangat ... tapi korang faham tak maksud BOSAN and TENSION biler di suruh buat kerja yang kita memang tak tau nak start dari mana .. tapi bajet macam kiter ni memang cemerlang buat kerja tu ... 


mase mula3 intern, dekat sebulan cik sopi goyang kaki kat sini ... sebab tu ramai yang cakap selalu je nampak cik sopi online tenet ... memang laaa .. pe lagi yang cik sopi boleh buat...!!


masuk bulan kedua, dah bagi kerja3 mak cik tukang kemas opis dah ... mula3 suruh kemas store, pastu buat labelling, susun kotak3, and kire stok .


takpe lagi la kerja tu, pastu suruh pulak cik sopi 'terjun' dalam dunia marketing .. call hospital sane, call lab sini tanyer dorang ader tak provide service yang berkaitan .. lepas dah dapat, tanyer pulak berapa bayaran untuk service macam tu, siape person in-charge yang boler dihubungi lepas3 tu ... pastu kene buat quotation pulak ... dah mane nak mula pon cik sopi tak tau .. contoh plak takder .. hampeh betol la..


then kengkadang ader gak buat kerja3 kerani plak .. key-in clients punyer detail .. tulisannyer .. ya ampun ...!!!!  takder tulisan lagi lawa dari ni ker?????   tulisan macam tulisan orang jepun..!!!


ni plak baru dapat new task ... suruh jadi photographer pulak ....!!!!  dah cik sopi masuk bidang ambik3 gambar ni ...adddooiiyaiiii ~~ minah Brazil ni pon dah tak paham dah ... kalau die pening kepala, cik sopi punyer pening kepala bole jadi pening kepala kuasa 10 ... !!!!  entah korang paham ke tak ni..


ader lagi lebih kurang 2 bulan cik sopi kat sini .. agak3nyer esok lusa dapat task suruh cuci dinding opis kot .. tak pon tolong vakum karpet ni hah ... wwwwuuuuaaaaa  tension gilerrrr ,...!!!!


mati la cik sopi nak buat final report nanti .. ape yang cik sopi nak tulis pon tak tau la .. mampos kalau cik sopi fail untuk intern ni .... nak pikir untuk VIVA lagi ... tu lagi double triple mampus sampai tergolek3  .. mau cik sopi try buat skrip dari sekarang .. suruh mane3 member tolong edit sikit3 .. pastu nanti mase VIVA cik sopi hafal jerrr ... boleh gitu ??


p/s: cik sopi tak kesah pon buat semua3 kerja tu sebab semua tu adalah pengalaman .. tapi sangat3 menyusahkan biler di ambil kesempatan oleh pihak3 yang tertentu sampai 'beliau' lupe kot yang cik sopi ni budak praktikal .. kasi la tunjuk ajar part3 yang berkaitan ... yang lain3 tu jadi sampingan dah laaa ..


thanks read yerr
sorry babe ... emosi terganggu biler tetiber dapat task jadik photographer ni ..

Tuesday, September 20, 2011

OWNER BLOG BAJET HOT ...!!!

Assalamualaikom u'ollsss ...




ader sorang minah ni tau ...!!!


vvvvvvvv
vvvvv
vvv
vv
v



BAJET HOT ...






nak tau saper ...????


vvvvvvvvvvvvv

vvvvvvvvvv

vvvvvvv

vvvvv

vvv

vv

v



CIK SOPI LLLERRRRRRR ...






nak tau kenape cik sopi berkata3 sebegitu ..
ini disebabkan ~~ lately ni cik sopi ade satu habit terbaru yang memang tak kan menyusahkan orang lain pon ... walaupon diri cik sopi takder la sesusah mane ... cume akan menimbulkan effect3 di mase hadapan !!!


ayat nak panjang3 pulak kan ... kasi tau je la ye takk??



sekarang ni cik sopi jadi seorang yang sangat3 super super malas nak CUCI MAKE-UP ... tak bagus ni weeyyhh . akan tertimbulnye jerawat3 di kemudian hari . walaupon muke cik sopi ni bukan la yang jenis sensitif kejap3 nak naik jerawat tapi biler sekali dah naik ... fuuuiiyyyoooo ..!!! nightmare babeyhh ~~


sekarang ni cik sopi tengah cuba sedaya upaya merajinkan diri ... tapi cuma niat dalam hati je .. buatnye tak jugak .. addeesss ..


cik sopi pon agak kurang pasti tarikh sebenar habit baru ni timbul ... asal nak cuci make up kat muka je mesti rasa malas ... bajet tido pon nak gojes jugak ... cceeehhh ..~~


bak kata member cik sopi

muka ko make up ke, tak make up ke .. same je aku tengok ..!!! 
haisshhh ... same ke?? ni yang tak best ni ...


ekceli cik sopi bukan la make up tebal3 sangat .. make up tebal3 berinci tu mase tunang, nikah ngan sanding jerrrr .. huh mau abeh sebotol make-up remover tu semata3 nak clear kan kaler3 di wajahku ini .. heheheeee


so fellows .. nak buat cam mane sekarang ..!!! kang kalau di biarkan akan mudarat di kemudian hari .. cheewaahhh ...


thanks read ..

Monday, September 19, 2011

BILA BUKAK CERITA LAMA ~~ TAK TAU NAK NANGES OR GELAK

Assalamualaikom u'ollss ~~


cik sopi nak bukak story lama ni .....
story yang hanya tinggal kenangan je tapi yang pastinyer cik sopi tak lupa sampai bila3 ....
mereka3 pon cik sopi berani mati cakap la... dorang pon mesti nanges tahap meleleh air hidung punyer lepas tengok gambar3 ni beserta sedikit cerita yang nak cik sopi share ...


ketahuila korang semua ~~ rindu nak comolot lagi ...


and untuk pengetahuan u'olls, semua3 ni adelah gambar3 mase cik sopi study diploma .. some of them were my housemate ... kami semua dari course yang same but different batch ...




geng3 lepak ~~ tak pernah kitorang keluar tak same3 ....!! kalau kurang member, macam ader something missing jer ..

mase ni bajet muke semua innocent jerrr .. cube compare picture dulu3 dengan picture sekarang .... mesti korang bantai gelak kan3 ... :p


bergambar dengan some of the lectures mase diploma .. time ni rase cam sebaya seumur je ngan lecturer3 ni ... lecturer pon dah macam member3 je ... but we all still respect all of them .. mereka tetap lecturer dan kami tetap student ... :))



ni sesi mencari bakteria kat dalam lab ... cik sopi ingat lagi, di sebabkan bakteria3 ni la tetiber je muke cik sopi tumbuh jerawat batu ... bukan calang3 punyer jerawat batu tau .. cik sopi rase dah macam ade gunung berapi kat muka. tunggu mase nak meletop jerr ... :))





mesti ade yang dah gelak3 or senyum3 sendiri bajet muke dulu3 ngan muke sekarang xder la yang berubah sangat kan3.... seriusly cik sopi pon dah tak larat nak gelak3 dah ni .. rase cam nak terkucil jerr ... dok tahan jer sebab nak abehkan entry ni .... 


ni tengok lagi gambar3 kat bawah ni ... naseb la gambar sape yang ader sebab ni jer collection picture yang cik sopi ader sebab gambar3 yang lain dah hilang mase cik sopi secara tak sengaja ter-reformat pendrive .. WTFish betul kan ..




nie plak mase pergi dinner ala3 prom night ... ntah ape tema nyer mase ni pon cik sopi tak ingat dah ... yang pastinyer mase pegi ni memang stok muke tak bole blah .. dah la tak sempat nak make-up cun melecun .. last minit nak pergi baru perasan dress sume tak de .. addoooiiii ... so main rembat je ape yang ader depan mate ... janji tak nampak pelik ..!!!  yeke tak pelik??



orang selalu cakap kitorang ni cam kembar..??? yeke?? lagi dan lagi ader orang cakap suara kitorang pon same ... yeke?? 

ekceli kitorang ni beza tak jauh pon .. beza 4 ari je ... fick dilahirkan pada 8 mei .. cik sopi plak 12 mei ~~ so persamaaannyer ialah PERANGAI kitorang ...!! maklum la .. same 'bintang' ... tu yang kengkadang datang angin kus3 masing3 ...


nak tengok gambar lagi ... layan jee gambar budak3 baru nak kenal dunia ni ... :D





  



korang yang tengok picture ni mesti cakap

balik3 muka orang yang same jerr ...

hheheheeee .. of cos la ~~ kami sentiasa bersama3 walau dimana3 sahaja sehinggakan pak cik guard kat kolej tu pon boleh bertanya " mane kengkawan yang lain " if beliau nampak kami tak cukup geng ..


rase3nyer ader lagi gambar3 kat pendrive lagi satu .... gambar3 mase DTMP annual dinner ... nanti cik sopi pegi cari kat lubuk mane cik sopi campak pendrive tu ...!!! pastu cik sopi update lagi cerita3 zaman diploma ni ... okey gitu???


neway thanks bace ... kalau sesape yang tergelak3 sampai terkencing n tercirit tu cik sopi mintak ampun la ehhh .... ni super duper punyer kenangan yang tak kan ade lagi dah ....


p/s: dorang3 yang dalam picture ni ader yang dah kawen, dah ader anak, nak bertunang, study oversea, gatal nak kawen lagi pon ader jugak .. pape pon >> roger3 weyyyhhh ..!!! jom buat trip .. :))

Thursday, September 15, 2011

BANGUN PAGI RAMBUT SEPERTI SINGA..!!!

Assalamualaikom ...


pernah dengar tagline ni tak..???

BANGUN PAGI RAMBUT SEPERTI SINGA 


iklan Rejoice kan ....


ni la yang cik sopi alami sekarang ni ,,,, wuuuuuuu
malu3 ~~

camne nak klua hospital ngan rambut cenggini ...
dah tak gojes dah ...

tapi

tapi


RASA SEKSI plak ~~
ni la yang dikatakan neutral beauty ..
boleh gitu ???????

thanks read ..:))

Wednesday, September 14, 2011

MALAM PERTAMA DI HOSPITAL :P

Assalamualaikom ....


Malam ni special bagi cik sopi ..
sebab malam ni cik sopi tido kat hospital.....

tapikan, cik sopi tak sakit ~~ kan cik sopi dah story dalam entry3 yang sebelom ni yang cik sopi berjaya selamatkan diri dari terus di sakiti oleh makhluk ALLAH yang sekor tu ,,,

but3 .. en hubby ...
beliau gagal ... gelak jap ..!!!!

so sekarang ni cik sopi teman kan beliau kat hospital la ni .... walaupon die admit kat sini sebab demam panas yang tak sejuk3 jugak ... tapi pada ketika ini, beliau kelihatan sangat sihat .. beliau sedang duduk baring3 atas katil ni sambil makan kacang pistachio ... langsung takder keinginan nak pelawa cik sopi .... cehhhh ..!!!!

oke laaaa .. entry pendek3 jer sebab nanti ade orang marah sebab cik sopi gune lappy beliau ... see3 .. owner laptop dah kasi signal ... hahahaaaa ...

malam ni bermalam la cik sopi kat spital ... hopefully xder antu kat spital ni sebab selalunyer cik sopi dengar cerita kat spital banyak hantu ... wuaaaaaaaaaaa

nity nite everybody ...
esok kat opis cik sopi update lagi ehhhh3 ..

thanks read  :))

SANGAT MERINDUI MEREKA

Assalamualaikom ...


cik sopi rindu dengan 2 ekor makhluk ALLAH ni ...!!!
memandangkan cik sopi dah kawen, so cik sopi dah tak boleh dah nak jumpa dorang hari3 ...


malas nak cakap banyak ~~ check out the pictures ..!!!
please don't tell me u want them also ...




meet MARCOS aka AKOSH



meet MARITZA aka BULAT aka GEMOK


their name are so3 sweet rite??
both name were taken from Mexican Telenovela 'la mujer en el espejo' ..
have u heard or watch it???


the story is about a miracle mirror ..
ala3 cerita Cinderella jugak laa ~~


so watak utamanya cerita ni Marcos and Juanita .. tapi Juanita ni biler time cantik, die tukar plak name >> Maritza ...
heheheee .. so korang semua faham3 la kan mane datangnyer idea tok letak name kucing3 ni sebegini ...


xmo cakap banyak3 lagi ~~ layan lagi picture3 mereka  :))



buat muka kesian sebab nak keluar sangkar ~~



nie pon same ... berlakon je lebeh .. lepas dapat keluar ntah kemana3 hilang ..!!!


muka nak tackle awek :p


ni kalau mama tau ~~ 




Maritza was born on 3rd September 2006


Marcos was born on 15th July 2006.. so Marcos ni abang laaa 


style Maritza bila tidur .. tak pernah berubah since die putus susu dengan mak die :p

 
Maritza paling kuat menyelongkar .... ntah ape yang die cari pon tak tau


golek3 time  :))


have fun ..???
so far nak tau siape yang jage kebajikan dua beradik ni???


tadaaaa .. adik3 cik sopi lorrr .. sape lagi kan3 ..


thanks read guys  :))

25/11/2011 ~~ IM WAITING ..!!

Assalamualaikom semua ..


entry pendek sebelom nak tido layan mata jap ~~
agak kekurangan tido sebab menjaga en hubby semalaman ...


beliau demam dan yang pastinyer bukan berjangkit dari cik sopi ...
macam yang cik sopi bagitau dalam entry3 sebelom ni, kami satu rumah mengalami masalah kesihatan .. ni semua gara3 seekor makhluk Allah yang tak nak cik sopi nyata kan disini ... cik sopi tak suka makhluk Allah tu .. dia ada di mana3 sahaja ... B.E.N.C.I ...!!!!!


semoga en hubby tabah and sabar mengharungi dugaan ni yerr ... tula3 .. kan ayang dah cakap, cube jangan degil cakap ayang ... see3 what happen now ..


balik kepada tajuk entry ~~

25/11/2011 ...
nape ngan tarikh ni yer ...??
ni adalah tarikh kebebasan cik sopi ..
cik sopi bebas dari dunia internship ni ..!!!!



ye3 memang cik sopi dah bosan tahap gaban dah kat sini ... takder life langsung. asyik main fesbuk, tagged, bace gosip3 artis dalam dan luar negara ~~


8 jam sehari - 5 hari seminggu ...
langsung takde perkembangan melainkan body cik sopi yang dulunyer solid makin mengembang .. ye ..!! KEMBANG .. tak pepasal dah naik dekat 5 kilo dah .. nie yang nak kene buat liposuction ni ...!!!


ramai yang cakap cik sopi bertuah sebab mase internship tak ada buat ape3 ... BERTUAH..???? sangat3 bertuah sampaikan kalau boleh cik sopi nak bagi orang lain je tuah ni ... cik sopi tak mau tuah yang sebegini ... ni mati akal namanyer .. adessss ~~


cepat la sikit 25/11/2011 .. kalau bole, bila bangun tidur besok terus je dah sampai kat tarikh tu ... puuhhlisssss


p/s: buat yang mengenali cik sopi, jangan terkejut if korang jumper cik sopi suddenly cik sopi berubah fizikal ... muahahahaaa


thanks read  :))
dah tak  mau buat signature ... malas :p

Monday, September 12, 2011

SETELAH SAMSUNG GT DI RE-FORMAT

Assalamualaikom u'olls ...


cik sopi nak share experience ngan Samsung GT users ni ...








tak tau la korang nak gelak ker, nak cakap cik sopi ni bengong ker aper kerr ...


ceritanyer cenggini..
untuk memastikan keselamatan data3 cik sopi dalam Incik Samsung GT ni, cik sopi telah memasang password ... password nyer bukan la merupakan abjad3 or angka tapi 'pattern' ...

pattern tu ape??


ni la contoh pattern tu ... means kita buat password berdasarkan pattern ape yang kita nak .. macam3 design la boleh buat .. sampai kan kengkadang diri sendiri pon lupa :(


nak dijadikan cerita lagi, mase raya ketiga, cik sopi ngan en hubby pon balik la kampung kami di sebelah utara nun .. kononnyer cik sopi xnak bawak balik sekali kamera sebab dah ader Incik Samsung GT kan3 ... die pon bole berfungsi sebagai kamera yang sangat terbaik dengan skrin nyer yg sangat besar ... cume tak bole challege MP kamera cik sopi je .. kamera tu MP  die lagi besar ..sebab tu nak download pictures lambat..


malam tu plak, adik cik sopi pon pegi la main game .. sampai la tepon tu nak habis bateri .. disebabkan bateri nak abeh dah, cik sopi pon pegi la cas tepos tu dengan harapan sok pagi biler bateri dah full bole la snap3 pictures ...


dan nak dijadikan cerita plak, biler pagi3 cik sopi bangun nak pegi amek tepon tu sudenlly something stupid happened .. Incik Samsung GT kene BLOCKED ...!!!  bukan sikit3 punyer blocked ... semua software ter'effect' ... WTFish betol laaaa ... spoilt giler mood cik sopi time tu .. abeh satu umah cik sopi membebel .. nenek cik sopi yang tak tau menau ujung pangkal cerita dok diam je kat buaian ... die pon tak tau ape benda yang cik sopi bebelkan ...


dalam hati ni macam3 dah yang cik sopi pikir ~~
  • abehhh la semua game3 dalam ni ...!!! tensen nyer nak kene download balik .. dammnnn 
  • macam mane ngan gambar3 and lagu yang di download .. bole diselamatkan tak ... waaaa ~~ gambar raya ni je yang ader ...!!!
  • semua3 application tu cam maner ..??? 
  • call..?? mang haram tak boleh laaa ... call in je yang bolerr .. kalau nak call out, kasi rembat Blackberry en hubby ...!!!!  xper .. bil kiter same kan
  • dan ape lagi kehilangan yang bakal menyusul ...??????

letak lagi merata .. main game la .. henfon tu bukan untuk main game .. tapi untuk buat kerja ..
ni je yang b bole cakap kat ayang ... cehhh ~~ belom keje betol3 lagi, so Incik Samsung GT ni buat main game la dulu ..


pastu, hari ahadnyer bawak la Incik Samsung GT ni ke tempat asalnyer balik n ayat yang buat cik sopi nak nanges

ini masalah software je .. kite format je balek .. tapi semua3 yang u download hilang loorr ~~ tapi kalau gambar dengan lagu u save dekat memory so should be no problem sebab kiter cuma format telifon saje maa ..
banyak la lu pnyer maa ~~ itu gambar sama lagu saya pon tak tau saya save dekat mane .. cettt


tapi nak buat camner kan ... pasrah je laaa ..


after 10 minutes ~~

yerrr ... Incik Samsung GT telah berjaya di format ... everything back to the basic ... YESSS ... THE BASIC !!!  sume application yang cik sopi download dah takder ... tapi naseb baik gambar3 dan lagu semua ader lagi ... rupe3nyer cik sopi save kan kat memory card .. hahahaaa .. naseb baik laaa weyyhhh

cenggini ler rupe nyer bile dah back to the basic ..


oleh yang demikian, cik sopi telah mengalami kemurungan sejak dua menjak ni gara3 game dah takder .. asal en hubby marah sikit jer, mula la tacing lebeh ... dulu kalau die bising3 pon cik sopi tak heran sebab kalau tensen3 je cik sopi bole men game .. macam3 game ooo cik sopi download ... game judi pon ader (Roullette) .. tinggal tak boleh nak cash je duet3 tu .. hahahaaa


so kesimpulannyer sekarang, cik sopi wajib download game3 untuk mengurangkan tahap kemurungan ni ... selain tu, harus jugak download application3 seperti Facebook, Adobe Flash, 4Shared,WhatApps, Winamp, dan banyak lagi la yang cik sopi lupe ...


pasni sape3 lagi yang sentuh Incik Samsung GT ni, cik sopi gigit orang tu sampai berdarah3 ..!!!! kejam tak???  tapi kalau en hubby yang amek ... mau gigit jugak kaaa ..????

mood masa post entry ni: still murung and tak dapat nak dipastikan lagi untuk tempoh berapa lama


p/s: u'olls3 yang guna Samsung GT jugak, share3 la info ngan cik sopi ~~ tq


thanks read :))



SOFINAZ