Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ku mohon pada-MU

“Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan Ya Allah… Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi”

"Ya Allah .. ingin ku raih keredhaanMU, dalam ku melayari bahtera dunia, sebagai kekal bagiku di akhirat kelak, untuk mengadapMU"


Wednesday, March 28, 2012

HAKIKAT SEBUAH MIMPI

Assalamualaikum


Lately ni cik sopi asyik termimpi .... tapi tak tau pulak apa maksud yang tersurat atau tersirat di sebalik mimpi tu ... ada jugak mimpi yang bagi petunjuk dan alhamdulillah ada yang antaranya dah terjawab persoalan nya ...


ekceli cik sopi agak kurang berkenan dengan mimpi3 ni ... sebab ada mimpi tu menyeronokkan dan ada yang menakutkan .. dan ada jugak mimpi yang cik sopi tak boleh nak tafsir or agak3 ..


Dalil mimpi:
Nabi SAW bersabda:
mimpi ada 3 jenis iaitu

  • mimpi yang benar sebagai berita gembira dari Allah
  • mimpi yang menakutkan atau yang menyedihkan adalah daripada syaitan.
  • mimpi yang berkaitan dengan apa yang sedang terjadi kepada diri kita 

mimpi yang dikatakan baik atau mempunyai maksud atau tujuan adalah apabila seseorang itu tidur selepas berwuduk .. ini bermakna kita tidur dalam keadaan bersih atau suci .. 


selain tu, sekiranya hati atau jiwa kita berada dalam kecelaruan .. tak mustahil kita boleh terbawa masalah tu dalam tidur .. Wallahualam 


bagi cik sopi, mimpi yang mempunyai maksud sama ada baik atau jahat bukan lah dapat di rasai/dialami oleh semua orang .. hanya insan3 yang bertuah sahaja yang boleh mendapat mimpi3 sebegitu .. lebih3 lagi sekiranya individu tu rajin beramal soleh atau mungkin juga individu tersebut berada dalam masalah yang sangat3 memerlukan petunjuk dari Allah ..


alhamdulillah, cik sopi pernah juga dapat mimpi3 petunjuk masa berada dalam situasi yang cik sopi tak tau macam mana nak hurai/ selesaikan .... petunjuk demi petunjuk membangkitkan semula semangat cik sopi untuk terus bertahan sebab cik sopi tau, setiap jalan yang cik sopi tempuhi semuanya telah ditentukan ... cik sopi hanya mengikut arus je .. kuatkan semangat, bertawakal, berdoa dan berserah ....  :))


cik sopi tau cik sopi bukannya alim/ warak ... tapi cik sopi pun tau jugak, Allah tak pernah mensia3kan/ mengabaikan doa3 hambaNya ...  


kita berusaha - merancang - Allah menentukan  :))




p/s: mama cik sopi pun kadang3 dapat mimpi yang pelik3 ... n then mama story kat cik sopi .. but slalunya die story after die dah dapat jawapan untuk mimpi tu ... 


thanks read 

Friday, March 23, 2012

KITA DAN ANAK - ANAK: HARGA SATU NYAWA

Assalamualaikum






lately ni cik sopi rasa uolss semua mesti perasan kan makin menjadi3 plak kes culik kanak3 sekarang ni ... culik tu dah satu hal, mintak duet tebusan lepas tu bunuh mangsa culik tu ...  penculik or pembunuh tu tak fikir ke nilai satu nyawa yang mana tak kan boleh diganti ...


akibat dendam dan marah kan mak bapak, anak3 jadi mangsa keadaan ... penculik dan pembunuh tu tak terfikir ke kalau perkara yang sama melanda diri or keluarga mereka, apa yang mereka rasakan ..???


banyak kes3 penculikan terjadi sebelum ni dan yang paling menyayat hati cik sopi contohnya macam kes arwah adik Nurin .. dan baru3 ni arwah adik Dirang ... apa salah kanak3 ni sampaikan diorang diperlakukan sebegitu rupa ... ape perasaan penculik tu yang sekaligus upgrade status dorang jadi pembunuh masa melakukan perkara keji tu ...??


cik sopi sekarang ni pun agak seriau gak sebab kadang3 kita tak tau sape yang tak suka kita ...kadang3 dekat depan cakap lain, bila kat belakang kita lain plak ayatnyer .. bak kata pepatah bila depan kita, pijak semut pun tak mati ...


selain tu jugak, bila kita buat baik dengan orang pun belom tentu orang hargai/suka apa yang kita buat .. tau3 je macam3 cerita sampai .. ntah mana satu hujung pangkal cerita pun kita tak tau .. tau3 je orang dah jeling3 pandang serong kat kita ..


cik sopi harap, sebagai masyarakat kat luar ni .. cubalah hargai apa yang ada disekeliling kita .. sebab kita belum tau bila kita akan kehilangan apa yang kita ada tu ...


kepada para ibu bapa plak. jugak pada cik sopi ngan en hubby yang bakal menyambut kelahiran anak sulung kami ni, insya allah .. pelihara lah dan lindungilah anak3 sebab itu amanah dan rezeki dari Allah .. orang lain ada yang dah berpuluh3 tahun kahwin pun masih belum dikurniakan anak .. kita yang ada anak ni peliharalah mereka sebaik mungkin .. jagalah keselamatan mereka kerana mereka masih kecil lagi dan belum masanya lagi mereka dibiarkan bergerak bebas seorang diri seperti orang dewasa ..


kepada mereka3 yang kejam menculik dan membunuh tanpa rasa bersalah tu .. insaf lah .. kita di dunia ni tak lama .. kalau pun terlepas dari hukum dunia, tapi hukum Allah lebih perit .. bahkan tak boleh nak dibayangkan  macam mana azab dan seksanya ... selain tu fikir3kan la bagaimana kalau perkara yang sama berlaku kepada ahli keluarga korang .. apa perasaan korang masa tu ..?? sapa yang korang nak persalahkan ...??


cik sopi berharap sangat kalau ada yang membenci atau masih/pernah berdendam dengan cik sopi sekeluarga, jangan la nyawa anak3 yang tak bersalah jadi galang gantinya ... kalau yang bersalah pun mungkin cik sopi atau en hubby .. jangan di sebabkan kami, nyawa anak3 yang tak bersalah ni dipertaruhkan ...


kepada semua jugak, jangan la simpan dendam kesumat sampai jadi api dalam diri sendiri ... selain membakar orang lain, later api tu akan membakar diri sendiri ... tak salah kita leraikan dendam yang terpendam tu .. Allah tu Maha Adil .. DIA lebih mengetahui dan DIA lebih berhak untuk menghakimi sekalian hambaNya ...insya allah doa hamba3NYA yang teraniayai akan didengariNYA dan orang yang menyakiti orang lain pasti akan dapat pembalasanNya ..



jangan la kita cuba menjadi Tuhan dengan menentukan bila tibanya ajal seseorang tu .. 




thanks read  :))

Tuesday, March 13, 2012

TERIMA KASIH SEMUA

Assalamualaikum






Terima Kasih Ya Allah
kerana Kau masih memberiku kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini ..
kerana Kau masih memberi peluang kepada ku untuk berbakti kepada kedua ibu bapaku dan juga suamiku
kerana Kau masih lagi memberikan ujian3 kepada ku supaya aku tidak hanyut dengan kemewahan dunia dan melupakanMu
kerana Kau telah memberiku peluang untuk menjaga dan memelihara amanahMu


Terima Kasih Abah & Mama
kerana mengajar anakmu erti kesabaran
kerana mengajar anakmu menerima dugaan Allah dengan hati terbuka
kerana mengajar anakmu pentingnya ikatan kekeluargaan
kerana mengajar anakmu dahulukan pelajaran kerana ia jaminan masa depan
kerana mengajar anakmu kasih sayang tidak akan terputus sekiranya sesuatu ikatan itu terputus


Terima Kasih Suamiku
kerana sentiasa bersabar dengan kerenah isterimu ini
kerana sentiasa menjadi tulang belakang kepada ku
kerana sentiasa ada disisiku bila3 masa saja aku memerlukan mu
kerana sentiasa mendidik dan mengajar aku untuk menjadi seorang isteri yang sempurna dimatamu
kerana sentiasa menggembirakan dan memuaskan hatiku walaupun dirimu kepenatan


Terima Kasih sahabat3ku
kerana sentiasa berada disampingku dimasa3 yang tertentu
kerana sentiasa bersabar melayan kenakalan dan kebecokkan aku
kerana sentiasa memberi tunjuk ajar supaya aku tidak tersasar jauh dari landasan
kerana sentiasa menemaniku disaat3 aku memerlukan teman bicara


Terima Kasih pada teman3 yang membenciku
kerana doa kalian la aku menjadi lebih kuat kini
kerana umpatan kalian menjadikan aku lebih berhati3 dalam mencari teman
kerana fitnah kalian menjadikan aku lebih matang dalam berfikir



Terima kasih semua kerana memberi perhatian yang tidak terhingga kepadaku ...
kerana perhatian itu, membuatkan aku lebih bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ..
kerana perhatian itu juga menjadikan aku lebih berhati3 dalam meniti hari3 ku ..


Terima Kasih Semua atas segala3nya


Thanks read  :))

Thursday, March 8, 2012

HAPPY WOMAN DAY


Dear boys/ boyfriends/ husbands/ guys ....







Well - behaved women rarely make history 

   HAPPY WOMAN DAY

BERUBAH ANGIN

Assalamualaikum ..







yeeeeaaaahhh .. alhamdulillah my baby already 4 months ...
pejam celik dah besar dah .. perut pun dah buncit sket .. siap kene tegur ngan en hubby .. hehehehheee


memandangkan cik sopi dah masuk second trimester, lain la pulak angin nyer kali ni ...
Antaranya:

1)  Selera Makan

  • kalau boleh ari3 nak makan chinese food .. takmo yang pedas3 sangat... Alhamdulillah semalam en hubby bawak p makan kat satu Restoren Cina ... sedap sampai licin cik sopi makan  :))  .. kalau makanan tu penuh ngan sayur3 ... perrghhhh lagi laaa ... lagi3 perut sekarang dah bole accept fast food but except for Pizza ... still sakit perut biler makan ... tapi kalau bole once a week mau makan chicken chop ... nyum3


2)  Nasi
  • takmo makan nasi kalau boleh ... sebab nanti perut cepat kenyang .. sampai ke malam cik sopi tak lalu nak makan ..but cik sopi terpaksa paksa jugak makan ikut time sebab cik sopi sampai sekarang tak minum pun susu Anmum tu .. yok3 ooo je semangat beli masa mula3 ... tapi macam mane cik sopi beli macam tu la sampai sekarang susu tu, elok dok dalam kotak lagi .. en hubby tak larat dah nak membebel kat cik sopi .. so untuk replace, cik sopi kene la makan nasi jugak ye takk ..


3)  Time tidur
  • lately ni asyik nak tidur je... asal dapat baring je mesti terlelap terus .. kadang3 takyah tunggu baring pun boleh terlelap .. tak kire la kat uma sendiri ke, kat umah orang lain ke.... mane dan jer ...
  • time3 tido boleh plak dapat mimpi pelik3 ... kadang3 rase cam tak masuk akal je tapi boleh plak mimpi tu bersambung.. mimpi macam ala3 citer fairy tale pon ader .. paling latest mimpi malam tadi .. Ala3 Pirates of Carribean tapi version malay punyer ... ader lanun - perompak - penyelamat - kapal - boat - safety jacket... semua ada .. biler story kat en hubby die boleh gelak ... ceehhh

4)  Mummy - to - be style
  • kalau bab berfesyen ni, bagi la kat cik sopi ... memang giler kentang dibuatnyer .. cume biler perut dah agak mem-buncet ni, ader sesetengah baju dah tak bole pakai dah ... so sekarang ni, cik sopi suke pakai skirt ... selain selesa, its look sweet also ... bajet diri ala3 princess gitu .. hahahhaaaaaa  :p
  • moreover, cik sopi agak segan biler pakai baju nampak perut ni sebab some of other people yang tengok cik sopi, tak caya yang cik sopi ngah pregnent ... ape tah lagi tak caya cik sopi ni dah kawen ... memandangkan cik sopi malas nak gitau panjang jela pasal status diri, so cik sopi lebih suke diam and senyum jerrr ... biar dorang makin konpius .. hahahaaa

errmmmm macam tak beragak jugak la kan perubahan angin cik sopi ni ... tapi rasenyer elok lagi kot berbanding first trimester dulu .. kali ni takder rase cam terbeban ... maybe waktu awal3 dulu sementara nak biasa kan diri tu yang macam3 ragam tu ... 


ape3 pon yang paling best is, my baby suke main satu game dekat handphone cik sopi which is Phit Droid 2




dulu3 mase main game ni, slalunyer paling banyak cik sopi boleh buat pun dalam 5 level je .. pastu dah boring .. tapi sekarang ni, biler nak tido je mesti main game ni dulu .. n cik sopi boleh buat almost 20 level dalam masa sejam .. dasyatkan ... asal dapat move to next level cik sopi mesti tepuk3 perut n cakap " Well done baby ..."  then pastu biler main lagi mesti dapat move to another next level ... kadang3 rase cam baby takmo stop main sampaikan cik sopi kene cakap kat baby " kiter stop dulu ehhh .. will continue tommorow .. mummy ngantok dah ni .." 

ape yang bestnyer lagi is, cik sopi ajar baby main game to develope saraf3 kat otak baby .. yela mase nikan otak baby tengah berkembang ....  tapi tak tau plak die ske men game ni sampai kan cik sopi pon terikut3 dah ... cume sebab kengkadang mata dah tak tahan sangat3 tu yang terpaksa pujuk baby tidur dulu ....  kalau ikutkan, sampai ke Subuh pun boleh main lagi  .. 





ape3 pun, like other mommies out there .. I also want the best for my baby ...  :))


Thanks read ..