Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ku mohon pada-MU

“Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan Ya Allah… Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi”

"Ya Allah .. ingin ku raih keredhaanMU, dalam ku melayari bahtera dunia, sebagai kekal bagiku di akhirat kelak, untuk mengadapMU"


Tuesday, October 25, 2011

IF TODAY IS MY LAST DAY

Assalamualaikom readers ~~


pernah tak u'olls terfikir, kalau la esok merupakan
  • hari terakhir untuk u'olls bernafas
  • hari terakhir untuk melihat bumi indah ni
  • hari terakhir untuk menatap wajah3 yang kita sayang
  • hari terakhir untuk bergurau senda dengan kawan-kawan
  • hari terakhir untuk buat macam3 yang memang selama ni u'olls nak buat

cik sopi takut sebenarnya .. kalau tok cik sopi dia cakap 'seriau' ...
dah dua hari berturut3 cik sopi nampak orang eksiden ..


semalam ada eksiden kat lap lepas tol Putrajaya .. tak berlanggar dengan kenderaan yang lain tapi rasanya langgar divider jalan tu .. semalam hujan lebat gila kat Putrajaya and Cyberjaya ni .. jalan raya confim3 sangat la licin ~~ teringat la plak peristiwa eksiden lebih kurang 2 tahun lepas .. hancur bahagian depan kereta yang eksiden tu ~~ rase3 nyer owner xder pape sebab nampak die keluar kereta elok3 je .. tapi rasa3 nyer mau lemah semangat la sebab kereta die berpusing kot ..


pastu pagi tadi masa on the way nak pergi kerja, ada lagi eksiden ... kat simpang nak masuk Putra Height...kali ni eksiden MATI punyer ... dari jauh kereta3 semua dah slow down je. pastu nampak ader kereta polis kat line kecemasan .. cik sopi pon slow down la jugak .. slow3 bawak, nah ko nampak orang mati eksiden kene tutup ngan beg kaler hitam tu ... rasa nyer penunggang motosikal sebab tak nampak plak ader kereta yang eksiden ... aduuhaii ~~ senak perut ..


dalam dok drive3 tadi cam tetiber terpikir plak cmner la kalau tetiber cik sopi yang terbaring bawah beg hitam tu ...??? bukan nak mintak3 .. harap3 dijauhkan la ..


takut sebab rasanyer banyak lagi benda3 yang cik sopi nak buat tapi tak terbuat lagi .. banyak lagi hajat yang tak tercapai ..


tapi andai kata esok dah takde lagi bagi cik sopi, cik sopi firstly nak minta maaf kat kengkawan or sesiapa je yang kenal cik sopi ni .. andai pernah terlanjur cakap or perbuatan harap3 di maafkan.. mungkin cik sopi tak terperasan or maybe perasan tapi terlalu mengikut hati yang tengah marah, so macam3 yang cik sopi cakap  nampak sangat mulut ni tak baik


kalau cik sopi ada terhutang pape, roger3 la .. insya allah cik sopi bayar balik secepat yang mungkin .. kalau tak sempat or jumlahnye banyak sangat pegi mintak kat en hubby eh3 ... :p


ermmmmm




ermmmmm




ermmmmm







suddenly mood nak berbelog dah lari plak .. ni pesal perut dari pagi tadi asyik sakit3 jer .. nak termuntah semua ada .. tak kan kene food poisoning lagi kot .. dorg3 kat umah rileks je siap bole berjimba lagi .. wwuuuwuuu .. T__T




p/s: cik sopi alwez doakan keselamatan kawan3 di luar sana .. kawan3 di luar sana pon doa3 kan la keselamatan cik sopi pulak yer .. thanks for your pray guys  :))

Thursday, October 20, 2011

MENGELAKKAN ROMPAKAN DI ATM MACHINE

Assalamualaikom friendz



Have all of u heard about this before ??




Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan
ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.





So Malaysian, dont be afraid ..
spread this message to others .. no need to ask for the permission ..



thanks a lot to http://www.NurulAmir.com/ 



Tuesday, October 18, 2011

PENGALAMAN BARU: CIK SOPI MEMANCING UDANG

Assalamualaikom u'olls

cik sopi ada minat baru sekarang .. ekceli minat tak minat gak la.. ikut mood jugak ~~


ni la pengalaman terbaru cik sopi ..




taaaadaaaaa ~~





PANCING TIME ...


bersemangat beb .. ni la first time cik sopi memancing .. ni sume gara3 kebosanan melanda so en hubby pon ajak p pancing udang kat Tropikana tu hah .. pancing kolam jer memandangkan masa yang agak terhad .. so kami pon pegi la pancing kat kawasan3 yang berdekatan jerr .. keh3


pemergian kami berdua diiringi dua Bellboy ... keh3   bajet cam kat hotel plak ..
time kasih yang tak terhingga kat 2 orang adik ipar cik sopi sebab tanpa mereka, sape la yang nak tolong angkatkan barang3 kami ni ..


masa mula3 sampai memang semangat gila la .. cik sopi sebenarnya yang terlebih semangat .. agak costly jugak la nak memancing kat sini .. rm30 untuk 2 jam per head... pancing and umpan are provided .. umpannyer hati ayam .. hati ayam??  udang makan hati ayam ehh..??  alololoooo cenonet giler hati ayam yang dorang kasi .. hahahahhaaa


masa start mancing best ooo .. bajet cam professional jer padahal amatur pon belom tentu lagi .. mau nyer tak ~~ nak masukkan umpan kat mata kail tu pon cik sopi tak reti sampaikan en hubby tegur


tak yah besar3 sangat .. kecik3 jer  
siap tolong potong3kan umpan tu .. maseh yer darling


jangan bagi mata kail tu terkeluar.. kalau udang nampak die tak makan umpan tu nanti
ooohh .. yeke??? oke3


kaki jangan terjuntai3 kat kolam tu ,. nanti udang tu tau la ada orang kat situ ..
cehhh3 .. kalau duduk kat kerusi mane nampak udang3 tu ..!!


letak je pancing tu kat situ .. jangan bagi gerak3 .. nanti udang tak makan umpan
pandai la sangat udang3 ni ehh ..


banyak la pulak songeh nyer kan ... deyymnn ..!!!









pancing udang dengan penuh kekusyukkan ... pedulikan soal lapar dan dahaga .. cewahhhhh ..!!!



tetiber .. jeng jeng jeng


 pancing gua goyang3 beb ..!!!



and


ni la hasil tangkapan cik sopi yang pertama .. bangga gila sampai menimbulkan perasaan ketidakpuasan kat en hubby and adik ipar cik sopi ... keh3 ..



lebih kurang setengah jam lepas tu, ni la hasil tangkapan cik sopi yang kedua ... wahwahwah ~~ cik sopi terer tak..???



and finally sebagai penutup sebelom tamatnyer tempoh 2 jam tu



ni la hasil tangkapan cik sopi yang ketiga ...



nak tengok kitorang punyer net tak..???



jeng jeng jeng ~~~

net yang ada 3 ekor udang tu cik sopi punya riak3 ..yang lagi dua net tu cuma ada satu3 je udang ... so total 5 ekor udang yang berjaya kami pancing  hari ni ... sangat banyak kan ..!!!


nak kata berbaloi tu, bila fikir3 balik lebih baik beli kat pasar jer .. ye dok ..??? lagi berbaloi3 .. tapi kalau nak ikut kan kepuasan ati .. cik sopi sangat3 la berpuas hati .. en hubby ngan adik ipar cik sopi memang tak berpuas hati dengan pencapaian cik sopi yang agak cemerlang ni .. 

tak baik tau riak masa mula3 ... nak riak biar la bila dah nak last3 .. baru berbaloi-baloi .. keh3


lepas tu kami pon pulang sambil memikirkan ape la nak buat ngan 5 ekor udang yang sangat comel ni ... 
 

and lastly






 ni la hasilnya ~~> UDANG GORANG KUNYIT ... fresh ooooiii



lepas ni, maybe kitorang akan fikir banyak kali sebelom pegi mancing kat situ lagi ..


3 orang yang pancing udang, rm30 x 3 = rm90 and hasil nyer cuma 5 ekor udang jerr .. cet3 ..!!! kalau pegi beli kat pasar ntah3 dah boleh buat BBQ udang dah malam tu .. heheheee


neway cik sopi sangat3 enjoy .. pas ni nak try memancing kat kawasan lain pulak selain daripada kolam .. cik sopi nak kawasan yang tak perlu mengeluarkan duet and hasilnyer melimpah ruah .. hahahaha


kalah pancing udang ngan cik sopi , layan pool plak ..


p/s: bila time memancing mang best .. time paling tak best mase nak tarik mata kail daripada udang tu ... geli plak tengok tangan3 udang tu gerak3 cam mintak tolong jer.. hahahahaa


thanks read bebeyyhhhh ..!!!!

Thursday, October 13, 2011

BABI HARAM @ DIHALALKAN..????

Assalamualaikum u'olls ..



ooooppppsssssssss ...!!! jangan marah3 dulu bila bace tajuk entry ni .. just untuk renungan and u'olls dah besarkan ... fikir3kan...  :P



sebelom u'olls tengok dengan lebih lanjut, pe kata bace sebab3 babi diharamkan ..


tapi tanpa kita sedari ..





kalau tak nampak, sila klik pada gambar untuk dibesarkan



errrrmmmm ... nak salahkan siapa dalam hal ni..????  kadang3 kita sendiri pon tak perasankan kan...  cik sopi pon main bedal makan semua benda .. 


cuma nak kompelen sikit, if u'olls semua perasan la kan, kengkadang ada sesetengah makanan tu ada cop HALAL, tapi ader jugak bahan3 from incik pig ni ... then, ader gak sesetengah tu tak dimasukkan sekali ingredient from incik pig ni jugak .. ader jugak sesetengah makanan from oversea yang masuk Malaysia di labelkan sebagai halal, tapi pastu kecoh3 kata tak halal pulak ... lepas tu esok lusa tengok3 dah jadi halal balik ... cam mane tu???



p/s: cik sopi bukan nak tunjuk pandai, tapi sebagai rakyat Malaysia yang duduk dalam negara yang berdemokrasi ni rasa3nya cik sopi berhak bersuara if rasa was3 ...ye dok??



thanks read...

Tuesday, October 11, 2011

MEMANG ALLAH SENGAJA ....

Ketahuilah bahawa…


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.



Sabarlah sahabatku.
Sabar bukan berarti diam..
sabar bukan berarti tidak boleh menangis..
Sabar adalah kemulian dlm sikap tenang melawan luka dalam hidup..

Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.

If God answers your prayer, He is increasing your faith.
If He delays, He is increasing your patience.
If He doesn’t answer, He knows you can handle it





p/s: terima kasih Ya ALLAH di atas semuanya ~~ hanya KAU yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk ku ~ amin .. 

AZAB BAGI WANITA ~~ *sharing*

Assalamualaikom u'olls ,

cik sopi nak share article yang cik sopi jumpa ni ..
pesanan kepada kaum3 hawa di luar and yang paling3 penting KHAS UNTUK DIRI SENDIRI ..!!!!!  please take note of it ..




Azab Bagi Wanita

(tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)


Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri…..

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.
Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis.

Beliau menjawab,
“Pada malam aku di-isra’- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,”kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.



*** jangan dinilai seseorang itu dari pemakaiannya kerana yang bertudung tidak semestinya mulia dan yang tidak bertudung tidak semestinya jahil .. nasihat dah diberi, pesanan dah di kongsi .. pucuk pangkal terpulang pada diri sendiri ..




p/s: cik sopi pon sama3 amik iktibar dari article ni .. Anda Buat, Anda Dapat  .. 

Friday, October 7, 2011

MUNAJAT PADA - MU



Kedinginan pagi hujan menitis,
Balam-balam lampu setia menemani,
Aku berteleku di sejadahMu Tuhan,
Menenangkan jiwaku yang berkecamuk,


Aku sedar hidupku begitu bermakna,
Dikelilingi kebahagiaan dan kesempatan,
Meneroka cabang hidup dengan harapan,
Aku sedar itu, Ya Allah,
Dan aku bersyukur atas peluang ini,
Namun, aku masih terasa 'kosong',
Jiwaku kesepian dengan hakikat diri,
Aku buntu mencari sinaran hidupku.


Syukur padaMu wahai  Tuhan,
Perjalanan sejauh ini dapat diharungi,
Tiada segaris kekesalan yang melanda,
Suka duka menjadi dorongan,
Cinta dan cita jadi sanjungan,
Namun andai aku hilang arah,
'Tuntunlah' aku kembali padaMu,
Jangan terus biarkanku hanyut dalam,
arus waktu yang melalaikan.


Aku mahu kedamaian hati,
Redha dengan suratan takdir,
Menjalani hidup dengan keberkatanMu,
Mendampingi ilmu dan yang tersayang,
Melakari nostalgia bahagia bersama,
Hanya Engkau sahaja yang tahu,
Apa yang terbaik untukku,
Aku berserah diri padaMu,
Dan berilah aku kekuatan,
Berdepan dengan insan lain,
Mentafsir keinginan isi hati,
Dan impian yang digenggam,
Selama ini .


Aku mahu dekat denganMu ya Allah,
Melayari hidup dengan izinMu,
Kebahagiaan dalam cinta manusia,
Kesejahteraan hakiki yang di cita,
Harapanku munajat ini,
akan terus melagukan rindu padaMu dan
Gelora persoalan dapat dileraikan
dengan penghujung jawapan terindah.



puisi ni kesinambungan dari  cerita ini

DUGAAN UNTUK MENJADI KAYA

Assalamualaikom u'olls   :))



cik sopi kaya ..??? 

haah ... kenape?? tak percaya ... cik sopi tak layak dapat kekayaan ke??




memang cik sopi kaya .. alhamdulillah. dan kekayaan cik sopi semakin bertambah .. insya allah kekayaan tu tak berkurangan ...


cik sopi menang loteri ker..?? berape ribu..??


kalau cik sopi menang loteri dah lama dah cik sopi pegi bayar balik loan mase cik sopi belajar kat kolej ngan universiti tu .. banyak tu ..!!! entah bila zaman nak abis pon tak tau ..  :))

sebenarnya cik sopi nak berkongsi kekayaan yang cik sopi dapat semenjak 2-3 tahun kebelakangan ni .. kekayaan melimpah ruah yang di beri oleh Allah kepada cik sopi supaya cik sopi tak lalai .. KAYA DENGAN UJIAN TUHAN ....

dari kekayaan tu, cik sopi di beri pula kekayaan yang lain .. tak caya jugak...???


pada mulanya cik sopi di berikan ujian dari Allah .. dari situ la kekayaan cik sopi bermula ... mungkin selama ni cik sopi terlalu enjoy dengan dunia cik sopi sampaikan cik sopi tak perasan, ada hati yang terabai ... ada hati yang disakiti .. ada hati yang terluka .. dan ada hati yang menangis dengan tindakan cik sopi ...

dan dari situ, cik sopi mula kaya dengan hinaan dan pandangan keji orang lain .. cik sopi disembur dengan ayat3 maki hamun, dihina tanpa ada sedetik pon perasaan bersalah or kesian dari mereka3 yang melemparkan hinaan tu dekat cik sopi ...

cik sopi cuba bangun sendiri, hadapi semua masalah tu dengan air mata .. cik sopi terpaksa diam seribu bahasa memandangkan pada masa yang sama cik sopi ada tanggungjawab terhadap keluarga cik sopi .. cik sopi kena pilih antara keluarga atau diri sendiri ... dan akhirnya cik sopi pilih keluarga .. dimana saat tu diorang sangat3 perlukan cik sopi dan sebagai anak sulung dari 5 orang adik beradik, cik sopi ketepikan 'hati' ni .. masa ni, takde siapa pon yang tau apa yang cik sopi tanggung ... cik sopi senyum je walaupon sebenarnya cik sopi baru lepas menangis .. cik sopi senyum je walaupon ader yang tengah sumpah seranah cik sopi ...

memang betul cakap semua orang  BILA DAH SUSAH BARU NAK INGAT TUHAN ... cik sopi akui, cik sopi salah seorang dari orang3 yang susah tu ... mase tu cik sopi rasa tak kan ada siapa pon yang boleh faham apa yang ditanggung oleh cik sopi ... kawan3 tempat cik sopi mengadu cerita .. tapi cik sopi tau bukan selama3nya diorang kena dengar masalah cik sopi .. yang cik sopi sendiri pon tak tau hujung pangkal nya ...

Tuhan tu adil .. dia tak pernah lupakan hambaNya walaupon cik sopi pernah membelakangkanNya ... menangis ..?? cik sopi terlalu kaya dengan air mata masa ni ... sampaikan cik sopi tak perasan pon fizikal cik sopi semakin susut .. cik sopi makan, tapi macam tak lekat je makanan tu kat cik sopi sampaikan seorang pensyarah cik sopi pernah tanya

eeyyhh .. kurusnya kamu sekarang .. kamu anerox ke??? kamu sihat ke tak ni ..

saya sihat encik **** ... cuma hati n fikiran saya tak selari ...


memang hati dan fikiran cik sopi macam ada yang tak kena .. lain yang cik sopi pikir, lain yang cik sopi buat ... lain benda yang cik sopi bayangkan, lain pulak yang cik sopi cakap ... sampaikan kadang3 cik sopi lebih suka menyendiri ... jauhkan diri dari semua orang .. even sometimes cik sopi sendiri tak perasan, bila siang bila malam .. bagi cik sopi masa tu semuanya sama je .. GELAP ~~

cik sopi sangka kan kegelapan tu akan kekal sampai bila3 dalam hidup cik sopi .. lagi sekali Tuhan berikan pertolongan kepada cik sopi .. alhamdulillah ~~ petunjuk demi petunjuk yang diberi membuka mata cik sopi .. cik sopi kuatkan semangat untuk bangkit .. cik sopi kuatkan diri untuk berlawan dengan semua masalah3 yang menyerang cik sopi terutama dari segi mental .. disaat3 masa cik sopi rasa cik sopi keseorangan, datangnya seorang demi seorang kawan baru yang sudi hulurkan bantuan ... mulut ni tak putus3 ucapkan syukur dan terima kasih ... walaupun tak pernah berkenalan, tak pernah bersua muka, tak pernah hangout bersama, tak pernah makan bersama .. tapi mereka semua bagi pertolongan yang sangat besar kepada cik sopi .. mereka tunjukkan kat cik sopi 'cahaya' ... yuuuupppsss ..!!!!  cik sopi nampak cahaya tu .. walaupon agak suram tapi cukup untuk terangkan hidup cik sopi yang gelap tu ..

perlahan3 cik sopi hadapi semua ujian tu ... satu per satu cik sopi cuba selesaikan .. walaupon ada yang masih bersisa, cik sopi kuatkan juga semangat ... alhamdulillah ~~   cik sopi berjaya walaupon seperti yang cik sopi cakap tadi,  MASIH ADA YANG BERSISA ... tapi cik sopi tak berkecil hati .. sebab cik sopi tau diri ni terlalu disayangi .. sebab tu bermacam3 ujian diberi kat cik sopi sampaikan pada suatu tahap air mata ni dah kering .. so nak menangis pon dah tak boleh dah ... cuma kadang3 hati ni terasa sebak sangat3 ..

sampai ke saat cik sopi tulis entry ni, hidup cik sopi semakin tenang, hati cik sopi semakin lapang,  fikiran cik sopi semakin matang ... cik sopi bukan lagi seperti dulu.. menangis bila terjatuh, meraung bila sakit ... hidup cik sopi lebih optimis sekarang ... sebab cik sopi tau setiap yang baik tu datangnya dari Tuhan dan yang buruk tu adalah dari diri kita sendiri ..

teringat lagi a words from seorang uncle ni, dia berbangsa Hindu tapi kata3 dia tak menunjukkan diskriminasi ~~

kita mana3 agama sekalipun, mesti sentiasa berdoa dengan Tuhan ... mintak yang elok3.. jangan mintak benda3 yang tak elok .. jangan cakap perkara yang bukan3 .. tak baik .. kasi sembahyang, doa sama Tuhan ... apa masalah semua boleh settle~~


salutte la uncle ... thanks temankan saya bersembang.. maybe saya tak kan jumpa uncle lagi dah tapi apa yang uncle cakap tu saya akan ingat sampai bila3 .. insya allah

tujuan cik sopi post entry ni, bukan la untuk buka pekung di dada sendiri .. ape tah lagi nak menunjuk3 or berbangga diri ... siapa la cik sopi di pandangan mata masyarakat .. lebih3 lagi yang pernah menghina diri ni ..

cik sopi sekadar nak berkongsi ... berkongsi kekayaan yang cik sopi terima dalam tempoh 2-3 tahun ni ... kekayaan yang cik sopi tau, bukan semua orang ada ...
  • kaya ujian dari Allah
  • kaya dengan air mata 
  • kaya dengan hinaan, caci maki dan sumpah seranah
  • kaya dengan ucapan 'kesian' dari orang3 yang tak mengenali diri cik sopi
  • kaya dengan doa sama ada dari diri sendiri atau orang lain
  • kaya dengan tawakal terhadap semua yang berlaku dalam hidup cik sopi
  • kaya dengan pertolongan dari insan3 yang tak diduga
  • kaya dengan kasih sayang keluarga dan kawan3
  • kaya dengan usaha yang tak putus3 semata3 nak keluarkan diri dari kegelapan
  • kaya dengan kesabaran yang cik sopi tak pernah terfikir mampu untuk dicapai
  • and finally kaya dengan buah akal fikiran untuk selesaikan sesuatu masalah dengan sentiasa berfikiran positive. 

kaya kan cik sopi ..????  alhamdulillah ~~

cik sopi tak bangga atau riak dengan kekayaan yang cik sopi ada .. sebab kekayaan ni semua merupakan pengalaman berharga dalam hidup cik sopi ... cik sopi dah tak kisah dah apa orang nak bercakap atau bercerita pasal cik sopi .. sebab Tuhan lebih mengetahui semua nya ... DIA nampak apa yang terjadi dekat cik sopi, DIA dengar setiap tangisan cik sopi, DIA temankan cik sopi siang dan malam, DIA bersabar dengan kerenah cik sopi, dan akhirnya DIA juga yang kuatkan diri cik sopi ... alhamdulillah ..


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

** ayat ni cik sopi copy from blog orang lain .. ekekekekkeee


cik sopi still sayang kan lagi kehidupan cik sopi .. pertolongan dan doa dari keluarga dan kawan3 tak pernah putus3 ... thanks a lot to all of them ..

cik sopi pon nak ucapkan terima kasih pada yang pernah memandang rendah diri ini, hina, keji, kutuk, maki hamun dan sebagainya .. tanpa kata3 hinaan tu, mungkin sampai sekarang cik sopi masih lagi tak berpijak di bumi yang nyata .. sesungguhnya kata3 tu sampai sekarang cik sopi ingat .. tak pernah sesaat pon cik sopi lupa dan tak ada sepatah perkataan pon yang tertinggal .. insya allah ~~

pada u'olls semua yang baca entry ni, kalau nak share cik sopi halal kan .. kalau niat nak share tu untuk sama3 membantu orang lain yang pernah berada dalam situasi cik sopi ..

kalau ada yang nak komen, boleh la tinggalkan komen .. if tak nak tinggalkan komen dekat sini sebab malu dibaca orang lain  or agak3 memalukan cik sopi  boleh la emailkan kat email cik sopi yerr   inaz_125@yahoo.co.uk  .. cik sopi bukan nak jadik kaunselor .. bukan jugak nak sambung cerita kat atas ni .. tapi untuk berkongsi pengalaman .. sebab dari pengalaman la kita boler membentuk kehidupan yang lebih baik di masa3 hadapan .. insya allah


thanks read everyone  :))

Wednesday, October 5, 2011

BILA SEORANG LELAKI DI INTAI JIN BETINA

Assalamualaikom u'olls ..



for guys, pe perasaan anda sekiranya hidup anda diperhatikan oleh seseorang, seseekor atau sesuatu ..


errkkk ... gambar takde kaitan ngan tajuk entry .. HARAP MAKLUM 



just for information, mane la tau kan3




Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:

1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.

2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.

3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa  saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya)


3. Anda suka bersendirian berjalan malam.

4. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.

5. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.


Nota
Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu sendiriterutamanya pada bahagian kepala. masuk ke dalam jasad anda,
Begitu juga ia bergantung kepada kekuatan dan perangai jin betina itu sendiri, di mana kalau ianya sering datang menziarahi atau mengikut anda ke mana saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda rasa pada banyak masa, tak kira siang atau malam.


6. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.

7. Anda mungkin selalu didatangi perempuan  yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga.
Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih…

8. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.

Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat.


Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda, Wallahua’lam.
(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)

9. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata.


Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’ itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya.

Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.


10. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.

11. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.

12. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan.


Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.

13. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.

14. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.

15. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda.

Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula ‘orangnya’.

16. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.

17. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya.

Soalnya selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.

18. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman.

Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.


19. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki.


…dan sebagainya…
Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina.


Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan kepala.


Wallahua’lam

 p/s: berhati3 yer semua ..



thanks read  :))

TIP PERKAHWINAN

Assalamualaikom u'olls ...



nie cik sopi nak share tip3 perkahwinan yang cik sopi terbace kat facebook kawan cik sopi ..


walaupon cik sopi udah kawen, tapi rasenyer ader lagi tip3 yang masih boleh digunapakai untuk kesejahteraan di masa depan .. insya allah


u'olls ader yang nak kawen dah ker..??? read this out ya babeyhhh


TIP PERKAHWINAN

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ...ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.






memandangkan entry mengenai tip3 perkahwinan .. so harus la tepek gambar kawen jugak .. ye dokk ..??


*kredit to Ustaz Azhar Idrus 


p/s: pada yang belom kawen pon boleh jugak amek tau tip3 ni ... tak rugi kan .. ??  just untuk menambah ilmu supaya boleh diguna kan di masa3 hadapan .. 



thanks read  :))