Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ku mohon pada-MU

“Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan Ya Allah… Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi”

"Ya Allah .. ingin ku raih keredhaanMU, dalam ku melayari bahtera dunia, sebagai kekal bagiku di akhirat kelak, untuk mengadapMU"


Friday, October 7, 2011

DUGAAN UNTUK MENJADI KAYA

Assalamualaikom u'olls   :))



cik sopi kaya ..??? 

haah ... kenape?? tak percaya ... cik sopi tak layak dapat kekayaan ke??




memang cik sopi kaya .. alhamdulillah. dan kekayaan cik sopi semakin bertambah .. insya allah kekayaan tu tak berkurangan ...


cik sopi menang loteri ker..?? berape ribu..??


kalau cik sopi menang loteri dah lama dah cik sopi pegi bayar balik loan mase cik sopi belajar kat kolej ngan universiti tu .. banyak tu ..!!! entah bila zaman nak abis pon tak tau ..  :))

sebenarnya cik sopi nak berkongsi kekayaan yang cik sopi dapat semenjak 2-3 tahun kebelakangan ni .. kekayaan melimpah ruah yang di beri oleh Allah kepada cik sopi supaya cik sopi tak lalai .. KAYA DENGAN UJIAN TUHAN ....

dari kekayaan tu, cik sopi di beri pula kekayaan yang lain .. tak caya jugak...???


pada mulanya cik sopi di berikan ujian dari Allah .. dari situ la kekayaan cik sopi bermula ... mungkin selama ni cik sopi terlalu enjoy dengan dunia cik sopi sampaikan cik sopi tak perasan, ada hati yang terabai ... ada hati yang disakiti .. ada hati yang terluka .. dan ada hati yang menangis dengan tindakan cik sopi ...

dan dari situ, cik sopi mula kaya dengan hinaan dan pandangan keji orang lain .. cik sopi disembur dengan ayat3 maki hamun, dihina tanpa ada sedetik pon perasaan bersalah or kesian dari mereka3 yang melemparkan hinaan tu dekat cik sopi ...

cik sopi cuba bangun sendiri, hadapi semua masalah tu dengan air mata .. cik sopi terpaksa diam seribu bahasa memandangkan pada masa yang sama cik sopi ada tanggungjawab terhadap keluarga cik sopi .. cik sopi kena pilih antara keluarga atau diri sendiri ... dan akhirnya cik sopi pilih keluarga .. dimana saat tu diorang sangat3 perlukan cik sopi dan sebagai anak sulung dari 5 orang adik beradik, cik sopi ketepikan 'hati' ni .. masa ni, takde siapa pon yang tau apa yang cik sopi tanggung ... cik sopi senyum je walaupon sebenarnya cik sopi baru lepas menangis .. cik sopi senyum je walaupon ader yang tengah sumpah seranah cik sopi ...

memang betul cakap semua orang  BILA DAH SUSAH BARU NAK INGAT TUHAN ... cik sopi akui, cik sopi salah seorang dari orang3 yang susah tu ... mase tu cik sopi rasa tak kan ada siapa pon yang boleh faham apa yang ditanggung oleh cik sopi ... kawan3 tempat cik sopi mengadu cerita .. tapi cik sopi tau bukan selama3nya diorang kena dengar masalah cik sopi .. yang cik sopi sendiri pon tak tau hujung pangkal nya ...

Tuhan tu adil .. dia tak pernah lupakan hambaNya walaupon cik sopi pernah membelakangkanNya ... menangis ..?? cik sopi terlalu kaya dengan air mata masa ni ... sampaikan cik sopi tak perasan pon fizikal cik sopi semakin susut .. cik sopi makan, tapi macam tak lekat je makanan tu kat cik sopi sampaikan seorang pensyarah cik sopi pernah tanya

eeyyhh .. kurusnya kamu sekarang .. kamu anerox ke??? kamu sihat ke tak ni ..

saya sihat encik **** ... cuma hati n fikiran saya tak selari ...


memang hati dan fikiran cik sopi macam ada yang tak kena .. lain yang cik sopi pikir, lain yang cik sopi buat ... lain benda yang cik sopi bayangkan, lain pulak yang cik sopi cakap ... sampaikan kadang3 cik sopi lebih suka menyendiri ... jauhkan diri dari semua orang .. even sometimes cik sopi sendiri tak perasan, bila siang bila malam .. bagi cik sopi masa tu semuanya sama je .. GELAP ~~

cik sopi sangka kan kegelapan tu akan kekal sampai bila3 dalam hidup cik sopi .. lagi sekali Tuhan berikan pertolongan kepada cik sopi .. alhamdulillah ~~ petunjuk demi petunjuk yang diberi membuka mata cik sopi .. cik sopi kuatkan semangat untuk bangkit .. cik sopi kuatkan diri untuk berlawan dengan semua masalah3 yang menyerang cik sopi terutama dari segi mental .. disaat3 masa cik sopi rasa cik sopi keseorangan, datangnya seorang demi seorang kawan baru yang sudi hulurkan bantuan ... mulut ni tak putus3 ucapkan syukur dan terima kasih ... walaupun tak pernah berkenalan, tak pernah bersua muka, tak pernah hangout bersama, tak pernah makan bersama .. tapi mereka semua bagi pertolongan yang sangat besar kepada cik sopi .. mereka tunjukkan kat cik sopi 'cahaya' ... yuuuupppsss ..!!!!  cik sopi nampak cahaya tu .. walaupon agak suram tapi cukup untuk terangkan hidup cik sopi yang gelap tu ..

perlahan3 cik sopi hadapi semua ujian tu ... satu per satu cik sopi cuba selesaikan .. walaupon ada yang masih bersisa, cik sopi kuatkan juga semangat ... alhamdulillah ~~   cik sopi berjaya walaupon seperti yang cik sopi cakap tadi,  MASIH ADA YANG BERSISA ... tapi cik sopi tak berkecil hati .. sebab cik sopi tau diri ni terlalu disayangi .. sebab tu bermacam3 ujian diberi kat cik sopi sampaikan pada suatu tahap air mata ni dah kering .. so nak menangis pon dah tak boleh dah ... cuma kadang3 hati ni terasa sebak sangat3 ..

sampai ke saat cik sopi tulis entry ni, hidup cik sopi semakin tenang, hati cik sopi semakin lapang,  fikiran cik sopi semakin matang ... cik sopi bukan lagi seperti dulu.. menangis bila terjatuh, meraung bila sakit ... hidup cik sopi lebih optimis sekarang ... sebab cik sopi tau setiap yang baik tu datangnya dari Tuhan dan yang buruk tu adalah dari diri kita sendiri ..

teringat lagi a words from seorang uncle ni, dia berbangsa Hindu tapi kata3 dia tak menunjukkan diskriminasi ~~

kita mana3 agama sekalipun, mesti sentiasa berdoa dengan Tuhan ... mintak yang elok3.. jangan mintak benda3 yang tak elok .. jangan cakap perkara yang bukan3 .. tak baik .. kasi sembahyang, doa sama Tuhan ... apa masalah semua boleh settle~~


salutte la uncle ... thanks temankan saya bersembang.. maybe saya tak kan jumpa uncle lagi dah tapi apa yang uncle cakap tu saya akan ingat sampai bila3 .. insya allah

tujuan cik sopi post entry ni, bukan la untuk buka pekung di dada sendiri .. ape tah lagi nak menunjuk3 or berbangga diri ... siapa la cik sopi di pandangan mata masyarakat .. lebih3 lagi yang pernah menghina diri ni ..

cik sopi sekadar nak berkongsi ... berkongsi kekayaan yang cik sopi terima dalam tempoh 2-3 tahun ni ... kekayaan yang cik sopi tau, bukan semua orang ada ...
  • kaya ujian dari Allah
  • kaya dengan air mata 
  • kaya dengan hinaan, caci maki dan sumpah seranah
  • kaya dengan ucapan 'kesian' dari orang3 yang tak mengenali diri cik sopi
  • kaya dengan doa sama ada dari diri sendiri atau orang lain
  • kaya dengan tawakal terhadap semua yang berlaku dalam hidup cik sopi
  • kaya dengan pertolongan dari insan3 yang tak diduga
  • kaya dengan kasih sayang keluarga dan kawan3
  • kaya dengan usaha yang tak putus3 semata3 nak keluarkan diri dari kegelapan
  • kaya dengan kesabaran yang cik sopi tak pernah terfikir mampu untuk dicapai
  • and finally kaya dengan buah akal fikiran untuk selesaikan sesuatu masalah dengan sentiasa berfikiran positive. 

kaya kan cik sopi ..????  alhamdulillah ~~

cik sopi tak bangga atau riak dengan kekayaan yang cik sopi ada .. sebab kekayaan ni semua merupakan pengalaman berharga dalam hidup cik sopi ... cik sopi dah tak kisah dah apa orang nak bercakap atau bercerita pasal cik sopi .. sebab Tuhan lebih mengetahui semua nya ... DIA nampak apa yang terjadi dekat cik sopi, DIA dengar setiap tangisan cik sopi, DIA temankan cik sopi siang dan malam, DIA bersabar dengan kerenah cik sopi, dan akhirnya DIA juga yang kuatkan diri cik sopi ... alhamdulillah ..


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

** ayat ni cik sopi copy from blog orang lain .. ekekekekkeee


cik sopi still sayang kan lagi kehidupan cik sopi .. pertolongan dan doa dari keluarga dan kawan3 tak pernah putus3 ... thanks a lot to all of them ..

cik sopi pon nak ucapkan terima kasih pada yang pernah memandang rendah diri ini, hina, keji, kutuk, maki hamun dan sebagainya .. tanpa kata3 hinaan tu, mungkin sampai sekarang cik sopi masih lagi tak berpijak di bumi yang nyata .. sesungguhnya kata3 tu sampai sekarang cik sopi ingat .. tak pernah sesaat pon cik sopi lupa dan tak ada sepatah perkataan pon yang tertinggal .. insya allah ~~

pada u'olls semua yang baca entry ni, kalau nak share cik sopi halal kan .. kalau niat nak share tu untuk sama3 membantu orang lain yang pernah berada dalam situasi cik sopi ..

kalau ada yang nak komen, boleh la tinggalkan komen .. if tak nak tinggalkan komen dekat sini sebab malu dibaca orang lain  or agak3 memalukan cik sopi  boleh la emailkan kat email cik sopi yerr   inaz_125@yahoo.co.uk  .. cik sopi bukan nak jadik kaunselor .. bukan jugak nak sambung cerita kat atas ni .. tapi untuk berkongsi pengalaman .. sebab dari pengalaman la kita boler membentuk kehidupan yang lebih baik di masa3 hadapan .. insya allah


thanks read everyone  :))

No comments: