Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ku mohon pada-MU

“Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan Ya Allah… Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi”

"Ya Allah .. ingin ku raih keredhaanMU, dalam ku melayari bahtera dunia, sebagai kekal bagiku di akhirat kelak, untuk mengadapMU"


Friday, November 25, 2011

BUAT TERAKHIR KALINYA

Assalamualaikum




detik yang memang selama ni cik sopi tunggu dah tiba >> 25 Nov 2011


ini bermakna, hari ni merupakan hari terakhir cik sopi praktikal kat company ni .. cik sopi rasa happy sangat sebab lepas ni  even belom VIVA lagi, officially cik sopi dah abeh degree ... alhamdulillah termakbul doa mama and abah cik sopi nak tengok cik sopi abeh degree ni .. dah kawen pon pelajaran tetap diutamakan ooooo..


tetiber rase cam ade feeling3 sedih plak .. mau nyer tak .. ni la company yang terima cik sopi intern n cik sopi di layan bagaikan boss ... member3 siap terjojol bijik mata ,,, bhahahaaa


walaupon tak banyak keje cik sopi kat sini, tapi setiap yang di ajar kat sini cik sopi akan ingat ,, sampai ke liang lahad ,, insya allah


yang paling3 best keje kat sini, bak kata member3 cik sopi

" rasa cam keje kat oversea .. biler kene g keje kat outside, bole dapat duet ribu-riban .. keje nyer 2 minggu jer "


maklum la, cik sopi kan keje kat international company .. so majority nyer mang mat3 salleh laaa  :))


okey laaa.. pape pon cik sopi tetap wish all the best untuk company ni ... semoga terus maju dan maju dan terus memberi sumbangan kepada ekonomi Malaysia  :p


p/s: bajet nak update entry ni petang td kat opis, tapi boleh plak perot meragam sampai ke tahap nak muntah3 bagai ..haiishh ~~ lari mud tau x..?? dah la ari ni ari last kat sini .. x dapat nak berjimpa, party bagai  :(


nak menyelit jap: entry terakhir pasal rollout akan menyusul dalam masa terdekat ni .. ade kejutan tau  ..:))


thanks read uollsss

Saturday, November 19, 2011

SATU MINGGU BABEYHH

Assalamualaikom





satu minggu dari sekarang ~~> 25 November 2011
tamat sudah latihan industri cik sopi or dalam erti kata lain.. abeh intern ..


macam3 yang cik sopi rasa sekarang ni


dalam masa satu minggu ni, cik sopi nak enjoy puas3 ngan staf3 kat tempat keje cik sopi
dalam masa satu minggu ni, cik sopi nak spend time bebaik3 ngan Thayza sebab selama ni asyik buli dia je
dalam masa satu minggu ni, cik sopi nak pura3 jadik staf paling rajin kat company ni


banyaknya plan dalam masa satu minggu ni


tapi selain tu jugak...
dalam masa satu minggu ni, cik sopi kene siapkan log book yang cik sopi pon tak tau nak merepek tulis apa
dalam masa satu minggu ni, cik sopi wajib siapkan SOP (standart operation procedure) yang sebelom ni sangat malas cik sopi nak jenguk
dalam masa satu minggu ni, cik sopi kene pastikan ada orang yang akan isi evaluation form cik sopi dengan penuh cemerlang


dan yang paling best sekali, dalam masa satu minggu ni elaun keje cik sopi akan masuk .. weeehuuuuu..!!


satu minggu yang memang selama ni cik sopi tunggu sangat3 mendebarkan ..


semoga dipermudahkan segala urusan ..
amin




p/s (1) : asyik citer pasal rollout jr.. bosan pulak rasenyer ..keh3

p/s (2) : selepas dari satu minggu sangat3 tak best sebab kene pergi kolej mengadap sesi VIVA plak ..haizz

p/s (3) : korang yang baca3 ni ingat 'satu minggu' ape hah ....   :p


thanks baca  :))

Thursday, November 17, 2011

ROLLOUT MADNESS (PART 3)

Assalamualaikom


report ~~ jangan tak report ..!!!


tempat kejadian masih lagi sama -> Menara Citibank


something happened today .. tak di sangka3 ~> CITIBANK WAS ON FIRE ...!!!!



really???



of course laaaa .. its a fire drill   :))



semalam one of the HR person already told cik sopi yang dorang nak buat latihan kebakaran .. tapi tu sepatutnya SEMALAM ..


then tanpa di duga masa tengah ada client ditambah pulak Dr Waqas tengah consult another client, kitorang dengar bunyi emergency alarm ...


berdiri dengan penuh ke'slumber' an je kitorang3 kat sini .. tapi kitorang kene ikot prosedur jugak .. so kitorang pon berlari3 la ke luar .. nasib baik naik lif .. tinggi hooii tingkat 35 nak terjun ke bawah ..


masa turun bawah cik sopi ingatkan tengah hujan then cik sopi pon pandang la atas .. makk aii kabus ape ni ..!!! sakit mata kiter tau ,, nasib baik ada Hossein yang tinggi menjadi payung penyelamat untuk cik sopi .. hehheeee   giler menipu ni ..!!


lepas tu kitorang pon tunggu la kat tempat berkumpul .. ramai jugak staf dorang ni .. bhahahaaa
then cik sopi ternampak McD .. ape lagi cik sopi pegi mintak kebenaran big boss nak pegi lunch kat sana ngan team cik sopi ..


memandangkan idea cik sopi agak bernas, daripada duduk bertenggek tak buat pape .. so big boss pon nak follow kitorang3 pegi McD jugak .. hahahhaaaa



latihan kebakaran hari ni mengingatkan cik sopi masa zaman3 skola dulu ... hehehehheeee .. 


thanks read  :))

Wednesday, November 16, 2011

ROLLOUT MADNESS (PART 2)

Assalamualaikum


lintas langsung dari tempat kejadian: Menara Citibank
mood: agak kurang memberansangkan

kenapa???


sebab suddenly hari ni semua team member cik sopi tak ada .. yang tinggal cuma Effat sorang jer .. giler laaaa !!
sorang tak boleh datang pasal apa pon tak tau la..
sorang tak sihat katanya..
sorang lagi terlajak tidur .. kalau cik sopi tak call, confim tak bangun tidur lagi ..


tapi alhamdulillah tak crowded sangat.. sian kat Effat . cik sopi bukan tak nak turun padang, tapi dok berlari merata2.. kejap3 pergi amik result dorang.. pastu dorang tanya2 pasal result tu kat cik sopi suruh explain.. kejap3 lagi dorang tanya cik sopi pasal model3 yang kitorang display kat sini .. kejap3 lagi dan lagi Effat plak kehabisan barang3 ,,,  berlari3 la pulak cik sopi pergi carik stok .. nasib baik hari ni system okey .. internet laju je...  siap cik sopi boleh main fesbuk lagi .. bhahaaaaa


mintak3 la sangat hari ni staff tak ramai ..
tak larat asyik kene marah je sebab dorang kene tunggu lama2 ..


cik sopi plak rasa cam tak sihat plak ari ni .. nak demam ke?? iskk3 jangan ler ~~ masih ramai lagi yang memerlukan cik sopi kat sini .. lepas3 dari 25 haribulan nanti kalau nak sakit3 manja baru boleh .. dah free kot time tu .. ekekekekeee


lintas langsung dari Menara Citibank tamat ..!!


thanks read  :))

ROLLOUT MADNESS (PART 1)

Assalamualaikum


ada yang rindu cik sopi tak ??  confirm xder ..huk3


sebelum ni cik sopi ada bercerita pasal Citibank Rollout yang memakan masa selama 3 minggu. dan dalam tempoh tu jugak agak susah cik sopi nak ber belog memandangkan penggunaan laptop yang agak minima .. chewahh


so di sini cik sopi akan buat sedikit ringkasan sepanjang lebih kurang 2 minggu dekat sini. baki3 cerita tunggu part3 yang lain pulak yer.







FIRST DAY WAS SO EXCITED
nama pon first day .. wajib la excited. ditambah pulak hari yang sangat indah sebab di hantar oleh en hubby. sakit bontot dok atas motor lama3. cik sopi diminta berada kat Menara Citibank tu pukul 8.30 pagi. alasan yang diberi oleh pihak atasan FIRST DAY WE SHOULD IMPRESS THEM ..tapi yang lain3 sampai from Cyberjaya pukul 9.15 pagi ... stress woiii tunggu lama3




SERVER DOWN WITHOUT ANY SIGN
Ni paling tak boleh blah.. sehari sebelum rollout ni, cik sopi ngan beberapa programmer dah menapak kat sini semata3 untuk set up system and pastikan connection was good. bukan sekejap weyhh .. almost 4 hours kitorang kat sini. mana nak set up system, check server, susun model, tampal apa yang patut ditampal, susun setiap barang3 supaya attendants tak perlu bersusah payah berlari3 cari barang yang diperlukan. then tanpa di duga, tengah ramai3 tu boleh plak server down, connection lost. mau tak lost, kitorg beroperasi di tingkat 35 .. so our modem cannot work properly .. disebabkan itu, kami terpaksa melakukan ujian tanpa memberi sebarang keputusan kepada staff3 ... keputusan cuma boleh diambil keesokan harinya.


PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA
siapa tak suka barang free sila angkat tangan ...??? ekkekekeee .. memandangkan health screening test ni dibayar oleh company, so ramai la staff3 yang datang. muka berkobar3, berdebar3, suspen, takut semua ada. gila ramai orang time ni sampaikan cik sopi rasa cam nak suruh dorg balik je. datang time3 lain plak ..


PROFESSIONAL WITH NO ATTITUDES
cik sopi bukan cakap semua.. tapi cuma sebilangan je. bila tak dibagi nombor, mula la nak marah3 I buzy ok .. i have a lot of work to do. U can't expect me to wait here . ada tu lagi this is nonsense.. I can't wait so long .. lagi best bila ader sorang staff tu cakap kat cik sopi what?? my number will be at 4.30 pm.. I'm on diet okey.. so I need to plan again my diet?? this is ridiculous .. paling3 best U, I kene tunggu berapa lama lagi .. I datang sorang3 je. diorang semua datang by group .. boleh tak U bagi I masuk dulu.. banyak cantik cik kak .. nanti yang nak menjawab dengan diorang yang menunggu tu cik sopi yer ..
bila cik sopi bagi nombor sampai dah abeh nomnor kat cik sopi, semua orang lesap ..!!! cuma separuh je yang datang balik .. lagi separuh buat taik mata agaknyer menunggu cik sopi pegi opis masing3 and jemput ngan karpet merah ... oooohhhoooiii ~~ jangan harap yer




VARIATION
dalam bahasa melayu kita sebut variasi ye kawan3 .. variasi yang cik sopi maksudkan kat sini is cik sopi punyer team member .. bersepah3 serata dunia. ada yang dari Malaysia, Iran, Brazil, India, Indonesia, Kazakhstan and Uzbekhistan.. bahasa pon pelbagai3 jugak la.. best ooo dalam masa yang sama cik sopi belajar ayat3 baru .. kelakar pon ada sebab certain3 perkataan dalam bahasa melayu membawa maksud yang lain dalam bahasa diorang. bila dah banyak3 perkataan, lama3 cik sopi susah nak bezakan perkataan3 tu semua.. hahahaaaa


LADY BOSS
title ni tok cik sopi ler .. selepas keberangkatan Thayza ngan 8 orang freelancers ke Penang, cik sopi jadi ketua plak la kat sini menggantikan beliau .. beliau sapu abis semua freelancers and cuma tinggalkan 4 ketul je untuk cik sopi .. seksa oooiiii sebab 4 orang je.. bila dah ramai sangat yang serbu cik soi suruh dorang balik dulu .. datang next time plak sebab cik sopi tau, dorang kene tunggu untuk satu tempoh yang lama.. tapi ada yang very3 sporting. they prefer to wait.. sampai terlentok3 tido .. :))


RAGAM
macam3 punyer style la staff3 kat sini masa nak ambik darah dorang .. bukannya banyak pon, nak prick sikit je kat hujung jari.. ada yang sampai nanges3, pengsan, kejang, pucat lesi muka macam nampak vampire nak gigit dorang ... lagi tu ada yang main tolak3 member .. agak3 lau member die hidup lagi, berani la die nak buat test tu ye tak .. bhahahahaaaa .. lagi best siap pilih attendants lagi  tu .. hambooii3 mentang3 la cik sopi ada 3 jejaka hensem, kacak tnggi lampai dengan senyuman yang sangat3 memikat hati, suka3 hati je nak diorang yang buatkan test tok korang ehh .. siap melentok3 badan lagi .. tak kisah la .. janji korang happy  :))



ni antara experiance cik sopi so far laa .. nak tau yang selanjutnya, tunggu Part 2 plak yer ..


sekarang cik sopi nak tidur memandangkan lately ni cik sopi asyik letih je .. time keje pon rasa cam nak pejam mata jer ..



thanks read  :))

Wednesday, November 2, 2011

IT'S SHOWTIME

Assalamualaikum






lepas3 ni maybe cik sopi berehat from blogging jap
will be busy for Citybank Medical Health Screening Test ~~


gila ramai clientnya -- 4000 orang.
screening test kene siap dalam masa 3 minggu


tapi yang bestnya, cik sopi base in KL only .. for penang and Johor Thayza incharge ... hua3


tapi yang x bestnyer pulak, client paling ramai kat KL ... almost 3000 thousand ..!!!!  haizz ~~


yang tak bernasib baiknya ialah en hubby yang dengan tanpa rasa bersalah or segan silu offer diri nak hantar cik sopi pergi Menara Citybank tu everyday until the last day. budget macam kat MARSH dulu la, 2 hari je kot .. lepas cik sopi kasi tau 3 minggu which is sampai end of this month terus beliau terdiam terkedu tak terkata dah .. hahahahaa ..b dah cakap nak anta kan3 .. jangan nak tarik balik .. xmo kawan kang ..keh3


sekarang ni membusy kan diri packaging semua barang yang perlu dibawa ke sana .. banyak gila barang.


bunny propa ngan imah marshmellow pon turut serta dalam project ni... yeaahhh ada kawan .. boleh kasi kecoh itu Citybank .. :))


CITYBANK HERE I'M COMING ...!!!!!  READY TO BE PRICK BY MY TEAM .. SCREAAAMMMMM  ~~ 





p/s: the project will be last on 24th November and 25th Novermber is the last date for my internship ... yeeaarrgghhh ..!!!!!


5 November is coming ... serius benci dooohh..!!!!

SPEEDTRAP..

Assalamualaikum




lately ni rajin pulak abang3 polis trafik buat speedtrap .. dah beberapa hari dah cik sopi nampak .. dah la duduk kat celah3 pokok pakai baju kaler hijau .. dah dekat3 baru nampak  'alamak speedtrap ..!!! mampuss3 '


kurangkan la aktiviti buat speedtrap ni .. kalau boleh sampai hujung bulan 11 ni .. sebab lepas3 dati tu cik sopi dah tak lalu highway ni lagi .. bhahahahaaa


pagi tadi pon ade speedtrap jugak . mati la cik sopi camni . en hubby dah kasi warning dah ' ayang jangan nak bawak kereta laju3 sangat. kalau surat saman sampai lagi siap ayang .. ' eeeeiiii .. takot3 ..!!!


rasa3nyer cik sopi memang bawak kereta slow2 jer .. rasanya la tapi tak tau camner boleh dapat saman speedtrap .. kejam3!!


sekarang sape nak bayar saman speedtrap yang bulan 8 punyer tu .. ni rasa3nyer kalau  abang3 polis trafik tu sangat prihatin and dah meluat asyik kereta cik sopi je yang kena tembak maybe xder la banyak saman speedtrap cik sopi dapat kan3..?? prihatin la skit bang polis  :))



p/s: bulan 3 next year nak kene renew roadtax kereta so kene berusaha keras 
cari duet bayar saman3 speedtrap ..



thanks read  :p

Tuesday, November 1, 2011

PEMIKIRAN KITA

Assalamualaikom

cik sopi bukan nak ajak main teka-teki ehh sampai nak kene fikir banyak3~~


tapi nak berkongsi pendapat ..
people say:
- rezeki ada dimana3 saja
- kita cuma bahagia sekali sahaja


cik sopi memang setuju, rezeki ada dimana3 sahaja .. sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup inikan kita, manusia yang mempunyai akal dan boleh berfikir .. tapi kalau kita terlalu memilih kita juga yang rugi ..
  • aku penat3 belajar sampai degree tapi tak kan nak kerja standart budak3 SPM or STPM je ...
  • gaji RM1500 je..??? mana cukup .. lepasan diploma boleh la
  • aku study bahagian ****** so aku nak kerja under field tu jugak .. aku tak nak masuk bidang lain

korang pernah dengar tak semua ayat3 ni .. cik sopi pon pernah jugak merungut konon3 kalau belajar under sains kesihatan, kerja pon mesti nak kat hospital jugak ... sudahnya lepas pikir panjang3, tak jadi la .. bukan apa, rasanya banyak lagi chances yang cik sopi boleh dapat selain berkerja dengan pihak hospital. even en hubby lebih suka cik sopi kerja kat hospital sebab ada lebih banyak kemudahan tapi cik sopi prefer bekerja luar kawasan hospital. I prefer more to research or data analyst.




rezeki ada dimana3 kan?? tak semestinya di hospital jer .. lagi pon bidang pembelajaran cik sopi ni luas.. either Medical or IT .. mana3 pon boleh janji cik sopi selesa and boleh bagi komitmen 100%++ ..



kebahagiaan datang sekali jer.. betul ke?? so kalau orang yang kahwin 3 or 4 tu, kebahagiaanya masa perkahwinan yang keberapa?? ibu3 yang dah beranak pinak sampai 5-6 orang anak tu, kebahagiaan tu datang masa beliau melahirkan anak yang keberapa??  make sense right ..  :))




mungkin ada yang cakap cik sopi ni bodoh, bangang, bengap sebab persoalkan benda ni .. tapi bagi cik sopi statement ni tak salah. tapi cara pemikiran sesetengah orang tu yang salah ..


bahagia tu sendiri subjektif tapi membawa maksud yang luas ..
maksud bahagia maybe berbeza3 bagi setiap orang .. bagi cik sopi sendiri
  • cik sopi bahagia bila tengok abah cik sopi semakin sihat and boleh ikut anak3 nya pegi jalan3 kat shopping mall.
  • cik sopi bahagia bila tengok mama cik sopi tidur waktu malam dengan tenang tanpa perlu fikirkan apa3 masalah
  • cik sopi bahagia bila tengok en hubby semakin selesa and lebih bertolak ansur dalam rumahtangga kami.
  • cik sopi bahagia bila tengok adik3 cik sopi tak buat benda3 bodoh sampai boleh memalukan keluarga macam sesetengah remaja yang baru nak up sekarang ni
  • cik sopi bahagia bila Tuhan turunkan macam3 dugaan kat cik sopi sebab cik sopi tau sekurang3nya Dia tak pernah lupakan cik sopi.
  • cik sopi bahagia bila cik sopi boleh menjalani kehidupan sendiri tanpa perlu menyusahkan mama and abah cik sopi.
  • cik sopi bahagia bila tengok orang yang cik sopi sayang bahagia dengan cara yang tersendiri ..

see3 ... banyak kan kebahagiaan cik sopi .. kebahagiaan tu tak tertakluk untuk satu3 sebab je .. kita boler berbahagia untuk banyak sebab kan . ni antara yang cik sopi senaraikan. kalau nak di ikutkan, banyak lagi tapi takut kang ada orang mengata belakang3 plak .. so ni secara random je ..  :))


kalau boleh, cik sopi nak sapu semua kebahagiaan yang ada. bukan nak bersifat tamak, tapi nak pelbagaikan semua 'bahagia' yang ada .. dengan harapan boleh berkongsi kebahagiaan tu dengan semua orang.



p/s: cik sopi bahagia dengan kehidupan sebagai seorang isteri walaupun baru la cik sopi tau ~~ susahnya jadi bini orang ni .. belum jadi mummy lagi ni .. keh3




thanks read  :))

BAIK DALAM BERBICARA

Assalamualaikum


tajuk entry agak skema sikit ... hehehe .. ni terjadi disebabkan lambakan bahasa carut3 yang makin menjadi3 sekarang ni ... haiipppp3 tak baik okess ~~


lately ni, asal bukak fesbuk sorang member ni dah nampak ayat3 yang sangat tak sedap untuk di dengar .. pastu bila bukak blog orang tu, blog orang ni keluar jugak perkataan3 yang sangat tak elok yakni bukan sahaja boleh menjatuhkan nama dan reputasi orang yang ditujukan tetapi juga diri sendiri sebab akan kedengaran mulut3 longkang yang tak bersalah cakap



ekkkk ellllhhh .. cakap orang je lebih. cakap senang arr .. ce buat

atau

ekkk ellllehhh .. tak puas ati gi la cakap face to face .. tak yah nak jaja citer sana sini .. ko tu baik sangat ke nak buruk3 kan orang


orang yang menilai seharusnya la orang yang berada di sekeliling kita .. lagi3 kalau penilai tu seorang penyibuk berijazah .. dah expert sangat dah nak menilai orang lain pada diri sendiri pon tak reti3 nak nilai.. Paling3 kurang pon angkat bakul sendiri


at least aku takde la perasan bajet suci macam die ...



what the heck betul laa ~~ 
sebelum nak memulakan sesuatu bicara, apa kata tengok3 dulu .. bak kata3 pepatah cakap siang pandang3, cakap malam dengar3  betul ke??.. bukan apa, ni bertujuan untuk mengelakkan dari timbulnya perasaan sedih or sakit hati pihak yang di perkatakan ... 


cakap senang, cube ko buat, cube ko rasa ..!!!


okeyy agree with that ..
tapi dengan memburukkan orang lain bukan la cara yang tepat untuk menyenangkan hati .. 


setiap apa yang keluar dari mulut kita ni kan ibarat satu doa .. bila kita berkata tentang perkara yang tidak elok so semestinya kita mendoakan perkara3 yang tidak elok untuk orang tersebut ...


instead of talking badly about other people, apa kata kita mendoakan dia sentiasa bahagia dengan apa yang dia buat .. if dengan mempersendakan hidup orang lain boleh buat diri die bahagia, kita amin kan saja ... sekurang3 nya kita dapat mengelakkan timbulnya lagi 'doa3' yang tak sepatutnya oleh pihak3 yang ketiga, keempat, kelima atau seterusnya . Dan sebaik3nya dapat juga mengelakkan timbulnya dosa3 secara mengejut .. okey tau tu urusan Tuhan


orang yang menilai keburukan dan kebaikan kita adalah orang3 yang berada di sekeliling kita .. mereka nampak apa yang kita buat, mereka dengar apa yang kita cakap, mereka baca apa yang kita tulis and mereka pon boleh main teka3 jugak, what type of person we are .. :))


so , berhati3 la dalam berbicara sebab kadang3 tanpa kita sedar kita turut sama terburukan diri sendiri .. kawan3 tak kan menegur demi menjaga hati kita, tapi kita kene ingat 


what goes around comes around


apa kita buat dekat orang, apa yang sibuk kita jaja kan kat orang suatu hari nanti semua tu akan kene batang hidung kita balik .. janji Tuhan tu pasti .. insya allah  :))





p/s: jaga mulut, jaga mata, jaga hati, insya allah diri sendiri dijagai olehNya ..


thanks read  :))