Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ku mohon pada-MU

“Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan Ya Allah… Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi”

"Ya Allah .. ingin ku raih keredhaanMU, dalam ku melayari bahtera dunia, sebagai kekal bagiku di akhirat kelak, untuk mengadapMU"


Tuesday, July 19, 2011

PEMBUNUH DALAM DIAM

Assalamualaikum friends ...



last3 time cik sopi ade bagitau kan nak share ngan semua orang pasal penyakit tekanan  darah @ blood pressure (BP) ..


Untuk yang sudah sedia maklum, penyakit ni antara yang tertinggi di Malaysia .. so cik sopi harap, dengan info3 yang cik sopi kongsikan kat sini, dapat dimanfaat kan oleh kawan3 semua and please take note, this is very important .. penyakit nie tidak menunjukkan sebarang simptom sehinggalah pesakit berada dalam kritikal ..


Pengenalan
  • tekanan darah merupakan tekanan terhadap kadar atau sukatan darah yang dipam ke dinding arteri semasa jantung mengepam darah ke seluruh anggota badan .
  • tekanan adalah bergantung kepada kadar tekanan dan sukatan darah yang di pam serta saiz arteri dan  kemampuannya menerima tekanan (fleksibiliti).
  • kadar tekanan ini bergantung kepada: 
      1. aktiviti
      2. suhu
      3. diet
      4. keadaan emosi
      5. bentuk fizikal
      6. postur
      7. penggunaan ubat-ubatan
  • kebiasaannya pesakit akan mengalami:
      1. sakit kepala yang teruk
      2. penat
      3. hidung berdarah
      4. nafas pendeK

 Keputusan 
  • normal : 120/80 mmHg
  • prehypertension : 120-139/80-89 mmHg
  • sederhana tinggi : 140-159/90-99 mmHg
  • tinggi dan kritikal : >160/100 mmHg
  • rendah : <90/25 mmHg

Hypertension (tekanan darah tinggi)
  • kerap berlaku pada golongan yang sudah berumur
  • ia disebabkan oleh keadaan jantung yang 'berkerja kuat' sehingga menyebabkan kerosakkan pada arteri.
  • golongan ini berisiko tinggi untuk mendapat :
      1. serangan jantung
      2. strok
      3. masalah buah pinggang
  • penyakit ini tidak menunjukkan sebarang simptom >> asymptomatic
  • punca bagi penyakit ini sukar ditemui dan para saintis mengaitkan ia dengan masalah buah pinggang dan juga penyakit kelenjar adrenal.
  • rawatan:
      1. DASH diet
      2. senaman
      3. diuretik
      4. beta-blocker
      5. perencat ACE
      6. penggunaan ARB
      7. Calcium channel blocker
      8. terapi komplimentari

Prehypertension
  • merupakan tanda-tanda awal 
  • kadar tekanan darah : dalam lingkungan 130/85 mmHg
  • berisiko dua kali ganda untuk mendapat penyakit jantung


10 cara mengawal tekanan darah anda tanpa menggunakan ubat
  • kawal berat badan anda
  • lakukan senaman
  • pastikan anda mengamalkan permakanan yang sihat
  • kurangkan pengambilan sodium dalam permakanan anda
  • hadkan pengambilan alkohol
  • elakkan merokok dan perokok
  • kurangkan pengambilan kafein
  • kurangkan stress
  • kawal tekanan darah anda dan lakukan pemeriksaan di hospital @ klinik
  • dapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan3


more info ???
  1. Mayo Clinic
  2. e-medicine health
and search for >> BLOOD PRESSURE


banyak lagi information mengenai penyakit ini .. rajin3 la search info mengenai penyakit ini ... especially golongan yang berisiko tinggi ..


sampai sini dulu yerrr ...
will update the next entry by tomorrow  :))


thanks for read :p



 SOFINAZ

No comments: