Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ku mohon pada-MU

“Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan Ya Allah… Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi”

"Ya Allah .. ingin ku raih keredhaanMU, dalam ku melayari bahtera dunia, sebagai kekal bagiku di akhirat kelak, untuk mengadapMU"


Thursday, August 11, 2011

AKU BERLAKON DI PENTAS DUNIA

Assalamualaikom u'ollz ~


cik sopi nak berpuisi jap tetengah ari buta ni ... :))




Aku berlakon di pentas dunia,
Membawa watak dan seribu rupa,
Senyuman menawan lirikan menggoda,
Menyambar jiwa hingga ternoda.


Tangan dihayun sambil mendada,
Berdiri megah umpama raja,
Semua jalan sudah dipeta,
Tersedia bekalan untuk bertapa.


Terus mendada sambil berkata,
"Tiada insan setanding saya",
Luputnya ingatan pada Yang Esa,
Agungnya hidup tanpa Pencipta.


Namun,
Hakikat sebenar tak pernah lupa,
Wujudnya Tuhan sentiasa ada,
Nafas dihela di dunia nyata,
Karma tersenyum lalu menerpa.


Rapuhya pentas sudah masanya,
Hadirin sinis petanda duka,
Bertakunglah air di kelopak mata,
Batin menjerit beralunkan lara.


Ingatlah,
Tuhan kita tidaklah kejam,
Dugaan dikirim tanda menyapa,
Sebagai peringatan di hari tua,
Agar terselamat daripada merana.


Ku sembamkan wajah di bumi rata,
Mohon maghrifah pada Pencipta,
Minta dihilangkan cacat dan cela,
Kuburkan sekali dusta dan nista.


Aku dambakan cinta sempurna,
Kedamaian abadi di dalam jiwa,
Pimpinlah aku bawa bersama,
Beri kesempatan mencium Syurga.

copy from: I LUV ISLAM 
p/s: cik sopi x pandai berpuisi sebab dulu mase kat skolah masuk aliran 'science stream' ... :))


thanks read ..


SOFINAZ

No comments: